• Jom Sertai Kempen Bersama Yayasan EZ Prihatin
Back

Bulan Rejab: Gerbang Awal Menuju Ramadan

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang dimuliakan dalam Islam dan sering dianggap sebagai bulan persediaan rohani sebelum tibanya Ramadan. Dalam takwim Islam, Rejab tergolong dalam empat bulan haram yang mempunyai kedudukan istimewa, sebagaimana riwayat al-Bukhari:

“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”. [Riwayat al-Bukhari (4054)]
(Rujukan: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tahqiq-al-masail/888-tahqiq-masail-siri-ke-3-bulan-rejab-dan-isu-isu-berkaitan-dengannya ).

Ini membuktikan bahawa bulan Rejab bukan sekadar bulan biasa, tetapi memiliki nilai spiritual yang tinggi dan perlu dimanfaatkan oleh umat Islam.

Cara Menghidupkan Bulan Rejab dengan Amalan Soleh

Antara amalan yang boleh dilakukan dalam bulan Rejab ialah menjaga solat fardu, memperbanyak  istighfar serta meningkatkan amalan-amalan sunat lain seperti sedekah dan membaca al-Quran. Walaupun tiada ibadah khusus yang diwajibkan dalam bulan Rejab, namun, amalan-amalan sunat yang berterusan amat digalakkan. Pendekatan ini selari dengan prinsip Islam yang menitikberatkan amalan sederhana tetapi konsisten. Latihan rohani yang dimulakan dalam bulan Rejab sebenarnya dapat membantu umat Islam menyesuaikan diri dengan rutin ibadah yang lebih intensif apabila tiba Ramadan kelak.

Marilah kita memanfaatkan bulan Rejab ini untuk menanam benih kebaikan. Sesungguhnya, persediaan rohani bukan sekadar ibadah diri semata-mata, tetapi juga harus dizahirkan melalui keprihatinan terhadap sesama insan. Sehubungan itu, pihak Yayasan Ez Prihatin (YEZP) dengan rendah hati ingin menjemput tuan puan untuk menyokong usaha kebajikan dan inisiatif yang bakal dilaksanakan sepanjang Ramadan kelak. Semoga sedikit sumbangan daripada tuan puan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan menghidupkan nilai ihsan dalam masyarakat. Tekan pautan ini untuk menyumbang https://ezy.la/kitakongsiramadan2026



R. F. Z
R. F. Z

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *