• Jom Sertai Kempen Bersama Yayasan EZ Prihatin
Back

Panduan Elakkan Dosa Online: Pengajaran Bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan bulan dan peluang yang terbaik untuk umat Islam memperbaiki diri  dan ibadat. Hal ini termasuklah dalam aspek menjaga lisan. Dalam dunia moden hari ini, tanggungjawab menjaga lisan tidak lagi terhad kepada pertuturan harian semata-mata, tetapi juga meliputi setiap tulisan, komen dan perkongsian di media sosial. Justeru, adab menulis di media sosial perlu difahami dan diamalkan agar setiap yang dikongsikan tidak mendatangkan fitnah atau mengaibkan.

Dalam surah Qaf ayat 18, Allah telah mengingatkan tentang beratnya tanggungjawab setiap perkataan:

“Tidak ada suatu perkataan yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa mencatat.”

Ayat ini menjadi asas bahawa dosa lisan yang berlaku di media sosial turut dicatat dalam catatan amal manusia. Fitnah, mengumpat dan ungkapan berbaur kebencian yang disebarkan di laman sosial hakikatnya memberi kesan yang sama seperti percakapan harian, malah boleh menjadi lebih berat kerana tulisan tersebut bersifat kekal selagi tidak dipadamkan. Oleh itu, sangat wajar sekiranya bulan Rejab ini dijadikan sebagai bulan latihan mengawal lisan sekali gus sebagai persediaan menyambut Ramadan.

Sedar atau tidak, menjaga lisan sebenarnya berkait rapat dengan kebersihan hati. Apabila hati terpelihara, maka lahirlah tutur kata yang baik, berhemah dan berakhlak. Dalam dunia pekerjaan pula, kegagalan mengawal emosi di ruang digital boleh merosakkan reputasi individu dan organisasi. Oleh itu, menjaga lisan dalam kehidupan realiti serta media sosial perlu dijadikan budaya dan amalan harian, bukan sekadar amalan bermusim.

Tips elak dosa lisan online:

1. Menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi.

2. Mengelakkan komen berunsur penghinaan dan provokasi.

3. Mengamalkan “puasa lisan” daripada kata negatif.

4. Menggantikan kritikan yang melulu dengan nasihat berhikmah.

Setiap kali ingin menulis, tanyalah kepada diri, “Adakah ini diredai Allah atau menambah dosa semata-mata?”

Semoga Rejab ini menjadi titik perubahan untuk kita berbicara dengan santun, menulis dengan penuh hikmah dan hanya menyebarkan kebaikan.


Saluran Amal
Kami ingin menjemput tuan puan untuk menterjemahkan nilai adab media sosial kepada amal kebajikan yang nyata dengan menyumbang kepada Yayasan EZ Prihatin (YEZP) dengan tekan https://ezy.la/kitakongsiramadan2026. Sedikit sumbangan yang dihulurkan, dengan niat yang ikhlas, mampu menyokong usaha kebajikan, serta menjadi sebahagian daripada kebaikan yang berterusan.

Mudah-mudahan setiap kebaikan yang dilakukan dalam bulan yang dimuliakan ini menjadi saksi atas tindakan kita yang membawa manfaat kepada ummah.

R. F. Z
R. F. Z

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *