Sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah merupakan antara hari yang paling utama dalam Islam (Rujukan: https://muftiperlis.gov.my/index.php/coretan-isnad/1115-kelebihan-10-awal-zulhijjah). Namun, kepentingannya sering kurang diberi perhatian berbanding Ramadan. Hakikatnya, tempoh ini merupakan peluang besar untuk meningkatkan amalan dan meraih ganjaran yang berlipat ganda.
Antara amalan yang digalakkan termasuk berpuasa, berzikir, bertakbir dan bersedekah. Hari Arafah khususnya memiliki kelebihan yang besar iaitu puasa pada hari tersebut dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud, “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)] (Rujukan: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1099-irsyad-al-hadith-siri-ke-115-kelebihan-kelebihan-hari-arafah )

Kelemahan umat Islam hari ini adalah kurangnya kesedaran terhadap kelebihan dan kepentingan hari-hari awal Zulhijjah.
Oleh itu, umat Islam perlu mengambil peluang ini untuk memperbanyak ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Rebutlah peluang keemasan ini bukan sahaja dengan ibadah, tetapi juga dengan bersedekah. Mari hulurkan sumbangan anda di pautan https://ezy.la/kitakongsiramadan2026 agar manfaatnya dapat dirasai oleh mereka yang memerlukan.