• Jom Sertai Kempen Bersama Yayasan EZ Prihatin
Back

Adab Berhari Raya: Antara Sunnah dan Budaya Masyarakat

Sambutan Aidilfitri dalam masyarakat Islam diwarnai dengan pelbagai budaya yang berkembang mengikut adat kebiasaan masyarakat setempat. Namun, aspek adab yang berlandaskan sunnah sering kali terpinggir dan kurang dipraktikkan.

Perbezaan antara sunnah dan budaya harus difahami dengan jelas. Sunnah membawa nilai ibadah dan pahala, manakala budaya merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat dan ini perlu disaring agar tidak bercanggah dengan prinsip syariah.

Islam telah menggariskan beberapa adab dalam menyambut Aidilfitri seperti mandi sunat hari raya, memakai pakaian terbaik, bertakbir serta saling bermaafan.

Amalan ziarah-menziarahi juga sangat digalakkan kerana ia dapat mengeratkan silaturahim. Sebagai contoh, budaya rumah terbuka boleh menjadi medium dakwah dan ukhuwah jika dilaksanakan dengan adab yang betul. Namun demikian, budaya masyarakat kadangkala melampaui batas apabila wujud unsur pembaziran, pergaulan bebas serta hiburan yang melalaikan. Oleh itu, umat Islam diseru untuk mengutamakan sunnah dalam berhari raya dan menjadikan budaya sebagai pelengkap tanpa menjejaskan nilai agama.

Dalam meraikan hari yang mulia ini, marilah kita turut berkongsi nikmat dengan mereka yang memerlukan melalui sumbangan yang ikhlas ke pautan https://ezy.la/sedekahjumaat2025 agar keberkatan Aidilfitri dapat dirasai bersama.

R. F. Z
R. F. Z

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *