• Jom Sertai Kempen Bersama Yayasan EZ Prihatin
Back

Al-Quran: Bukan Sekadar Membaca


Selain berpuasa, bulan Ramadan juga sering dikaitkan dengan al-Quran. Tadabbur al-Quran menuntut renungan yang lebih mendalam terhadap makna, nilai dan pedoman yang terkandung dalam setiap ayat. Bukan hanya sekadar membaca, tetapi juga mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Apabila al-Quran ditadabbur, ia membentuk cara berfikir dan bertindak.


Pernahkah kita bertanya pada diri, “Apakah perubahan yang telah aku lakukan hasil daripada bacaan tersebut?”


Tadabbur juga menuntut kesediaan untuk menerima teguran dan petunjuk daripada al-Quran. Ayat- ayat yang berbicara tentang amanah, kejujuran, sabar dan syukur seharusnya menjadi cermin diri. Proses ini memerlukan keikhlasan untuk mengakui kelemahan serta keberanian untuk melakukan perubahan secara berperingkat.

Tanpa kesediaan ini, bacaan al-Quran mungkin tidak meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan.


Dalam konteks masyarakat, individu yang mentadabbur al-Quran berpotensi menjadi agen perubahan sosial. Justeru, tadabbur bukan sekadar proses individu semata-mata, tetapi juga turut memberi kebaikan kepada kesejahteraan komuniti.


Marilah kita jadikan Ramadan sebagai bulan mentadabbur al-Quran, bukan sekadar mengkhatamkannya. Jika ayat-ayat tentang sedekah dan kepedulian menyentuh hati kita, zahirkanlah ia melalui tindakan. Klik pautan ini https://ezy.la/kitakongsiramadan2026 untuk bersama menghidupkan nilai al-Quran melalui sumbangan yang memberi makna kepada mereka yang memerlukan.

R. F. Z
R. F. Z

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *