Bagaimana Yayasan EZ Prihatin Bergerak?
Yayasan EZ Prihatin ditubuhkan dengan objektif yang sama dengan pertubuhan amal lain tetapi YEZP beriltizam untuk menjadi ‘Sahabat Asnaf’ dalam membantu asnaf-asnaf menjalani kehidupan yang lebih baik melalui program penyaluran bantuan kemanusiaan, pendidikan dan pembangunan ekonomi keluarga asnaf. YEZP komited dalam peranan membentuk ‘Sahabat Asnaf’ segenap pelusuk dunia tanpa mengira latar belakang, keturunan, kaum dan juga fahaman politik.
Dengan visi ke arah penyantunan sebanyak 1 juta keluarga asnaf, penubuhan Yayasan adalah bukan bertujuan untuk mengambil alih peranan yang dimainkan pihak kerajaan tetapi untuk saling melengkapi agar golongan asnaf dan fakir miskin dapat menjalani kehidupan asas sehari-hari yang lebih baik dan sempurna.
Selaras usaha murni penubuhannya, misi YEZP adalah untuk menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf dalam pelbagai aspek khususnya kepada golongan asnaf yang terpinggir melalui prinsip ‘Kebajikan Tanpa Sempadan’ seperti berikut: