OBJEKTIF YEZP
Yayasan EZ Prihatin ditubuhkan dengan objektif yang sama dengan pertubuhan amal lain tetapi YEZP beriltizam untuk menjadi ‘Sahabat Asnaf’ dalam membantu asnaf-asnaf menjalani kehidupan yang lebih baik melalui program penyaluran bantuan kemanusiaan, pendidikan dan pembangunan ekonomi keluarga asnaf. YEZP komited dalam peranan membentuk ‘Sahabat Asnaf’ segenap pelusuk dunia tanpa mengira latar belakang, keturunan, kaum dan juga fahaman politik.
Dengan visi ke arah penyantunan sebanyak 1 juta keluarga asnaf, penubuhan Yayasan adalah bukan bertujuan untuk mengambil alih peranan yang dimainkan pihak kerajaan tetapi untuk saling melengkapi agar golongan asnaf dan fakir miskin dapat menjalani kehidupan asas sehari-hari yang lebih baik dan sempurna.
Selaras usaha murni penubuhannya, misi YEZP adalah untuk menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf dalam pelbagai aspek khususnya kepada golongan asnaf yang terpinggir melalui prinsip ‘Kebajikan Tanpa Sempadan’.
Membantu meningkatkan kualiti hidup kepada golongan asnaf, warga tua, OKU, B40 dan mereka yang memerlukan.
Memberi pendedahan dan bantuan kepada golongan sasaran untuk menceburi bidang keusahawanan bagi memperbaiki ekonomi keluarga.
Melakukan pengurusan agihan daging korban dan akikah di Malaysia dengan kerjasama daripada Syarikat EZ Qurban Sdn Bhd.
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan dua jari Baginda SAW di syurga).”
-HR Muslim
“Siapa yang membangunkan satu masjid untuk Allah swt, maka Allah swt akan membangunkan untuknya satu rumah di syurga”
-Muttafaq ‘alaih
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
-Surah al-Maidah: 2