KENALI KAMI   

Latar Belakang Yayasan EZ Prihatin

Bagaimana Yayasan EZ Prihatin ditubuhkan?

Yayasan EZ Prihatin merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan pada Ogos 2019 dan komited untuk menjadi ‘Sahabat Asnaf’ di segenap pelusuk dunia tidak mengira latar belakang, keturunan, kaum dan juga fahaman politik.

Sejarah penubuhan Yayasan ini bermula dengan usaha yang dilaksanakan Syarikat EZ Qurban SDN BHD, iaitu syarikat yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Korban dan Akikah serta perkhidmatan sampingan yang lain seperti Fidyah, Derma dan Wakaf. 

Selepas mencapai kejayaan demi kejayaan, EZ Qurban terus mengorak lagi satu langkah dalam usaha untuk memperkasakan dan memperluaskan misi-misi bantuan kepada golongan memerlukan menerusi penubuhan Yayasan EZ Prihatin.

Visi

Menyantuni 1,000,000 keluarga asnaf dan mereka yang memerlukan menjelang 2023

Misi

Mewujudkan platform dan sistem sokongan untuk projek kebajikan dan kemanusiaan

Teras

Yayasan EZ Prihatin mempunyai 3 teras utama iaitu Kita Kongsi, Kaseh, dan Infiniti Jariyah

Kita Kongsi

Kita Kongsi merupakan suatu projek kebajikan yang dijalankan oleh Yayasan EZ Prihatin. Di bawah Projek Kita Kongsi, antara elemen bantuan adalah seperti bantuan bekalan Pek Makanan, Pembangunan Ekonomi, Bantuan Kecemasan Bencana dan sebagainya.

Kaseh

Kaseh ialah projek kebajikan yang digerakkan Yayasan EZ Prihatin merangkumi isu-isu yang melibatkan kesihatan. Bentuk bantuan yang disalurkan melalui medium Kaseh ialah Infaq Peralatan Kesihatan, Bantuan Tabung Kutipan Dana Perbelanjaan Kesihatan dan sebagainya.

Inifiniti Jariyah

Infiniti Jariyah secara amnya adalah projek-projek yang dikategorikan sebagai wakaf. Yayasan EZ Prihatin melancarkan beberapa program infiniti jariyah seperti Wakaf Pembinaan Masjid, Infaq Pembangunan dan Baik Pulih Surau Pedalaman, dan juga Infaq Al-Quran.

Kami Prihatin

Yayasan EZ Prihatin beriltizam untuk menjadi sahabat asnaf dalam membantu asnaf-asnaf menjalani kehidupan yang lebih baik melalui program penyaluran bantuan kemanusiaan, pendidikan dan pembangunan ekonomi keluarga asnaf. Fokus kami bukan hanya pada bantuan “one-off” sahaja tetapi meliputi pembangunan ekonomi dan pendidikan asnaf bagi membolehkan para asnaf memperbaiki kehidupan masa hadapan.

Asnaf Sasaran

  • Anak Yatim dan Ibu Tunggal
  • Saudara Baru atau Muallaf
  • Fakir Miskin

Rakan Strategik

Yayasan EZ Prihatin juga bekerjasama dengan beberapa agensi, NGO dan badan pertubuhan iaitu:

NGO:

Rakan NGO-min

Agensi: