• Jom Sertai Kempen Bersama Yayasan EZ Prihatin
Back

Hari Raya Aidilfitri: Kemenangan Jiwa atau Sekadar Perayaan?

Aidilfitri sering dianggap sebagai simbol kemenangan setelah sebulan berpuasa. Namun, apakah kemenangan ini benar-benar bersifat rohani, atau sekadar diraikan dalam bentuk luaran semata-mata?

Dalam Islam, kemenangan sebenar bukanlah pada kemeriahan sambutan semata, tetapi pada kejayaan mengawal nafsu dan meningkatkan ketakwaan setelah sebulan beribadat dengan penuh konsisten.

Jika bulan Ramadan merupakan bulan yang mendidik jiwa agar lebih sabar, ikhlas dan berdisiplin. Maka, Aidilfitri sepatutnya membuahkan hasil daripada tarbiah tersebut. Jika seseorang kembali kepada amalan lama yang negatif selepas Ramadan, maka hakikat kemenangan itu perlu dipersoalkan.

Hari ini, sambutan Aidilfitri sering dikaitkan dengan aspek material seperti pakaian baharu, juadah mewah dan dekorasi rumah. Walaupun semua ini tidak dilarang, namun berlebihan terhadap perkara-perkara tersebut boleh mengaburkan makna sebenar Aidilfitri. Justeru, umat Islam perlu mengimbangi antara kegembiraan zahir dan kesyukuran batin.

Kesimpulannya, Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi satu refleksi terhadap kemenangan jiwa yang harus diterjemahkan melalui peningkatan akhlak, hubungan sesama manusia dan komitmen yang berterusan terhadap ibadah.


Marilah kita zahirkan kemenangan ini dengan menghulurkan sumbangan pada Yayasan EZ Prihatin (YEZP) melalui pautan https://ezy.la/kongsirezeki2025 agar kegembiraan Aidilfitri turut dirasai oleh golongan yang kurang bernasib baik.

R. F. Z
R. F. Z

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *