Ramadan bukan hadir secara tiba-tiba, sebaliknya didahului oleh fasa persediaan yang tersusun melalui bulan Rejab dan Syaaban. Persediaan yang dilakukan lebih awal membantu umat Islam untuk menyambut Ramadan dengan jiwa yang lebih bersedia, ibadah yang lebih teratur dan emosi yang lebih stabil. Berikut ialah senarai persediaan Ramadan yang boleh dijadikan panduan praktikal dan realistik.
- Memperbaiki kualiti solat fardu
- Melazimi istighfar dan membaca al-Quran
- Membudayakan sedekah setiap hari walaupun sedikit
- Berazam untuk bertaubat setiap hari
- Memaafkan kesalahan orang lain
- Menjaga lisan dan mengawal emosi
- Memperbaiki hubungan dengan orang sekeliling
- Menyelesaikan perselisihan yang mampu diperbaiki
- Menyusun jadual untuk beribadah
- Mengurangkan waktu melayari laman sosial
- Mengamalkan solat sunat dan amal kebajikan
- Mengurus waktu tidur dengan baik
- Menyambut Ramadan dengan penuh kesyukuran
- Menyedari ini mungkin Ramadan yang terakhir
- Mengharapkan rahmat dan keampunan Allah
Checklist ini bukan bertujuan untuk membebankan, sebaliknya membantu kita untuk melakukan persediaan Ramadan secara berperingkat dan berhemah. Persediaan yang bermula sejak Rejab dan diteruskan hingga hari pertama puasa akan menjadikan Ramadan lebih bermakna, terarah dan berkesan dalam membentuk jiwa serta akhlak seorang Muslim.

Saluran Amal
Andai Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang terakhir, biarlah ia dipenuhi dengan kebaikan yang menyentuh hidup orang lain, bukan sekadar ibadah peribadi semata. Ayuh tuan puan, bersama Yayasan EZ Prihatin (YEZP) kita jadikan Ramadan sebagai bulan untuk menyemai benih sedekah, agar Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang lebih bermakna. Tuan puan boleh laksanakan sumbangan dengan tekan pautan ini https://ezy.la/kitakongsiramadan2026