• Jom Sertai Kempen Bersama Yayasan EZ Prihatin
Back

Buli: Racun Senyap

“Alah, gurau saja. Janganlah terlalu sensitif!”

Pernahkah kita mendengar ungkapan sebegini? Kadangkala, sesuatu yang dianggap gurauan oleh seseorang sebenarnya meninggalkan luka yang mendalam dalam hati orang lain.

Buli bukan sekadar perbuatan memukul, menendang atau mencederakan seseorang secara fizikal. Tetapi buli juga boleh berlaku melalui kata-kata yang menghina, ejekan terhadap penampilan, penyebaran fitnah, pemulauan sosial dan gangguan di media sosial yang berterusan hingga mendatangkan kesan negatif pada mangsa terutamanya dari sudut emosi.

Lebih menyedihkan, ada mangsa yang memilih untuk berdiam diri kerana takut dipersalahkan atau tidak dipercayai.

Bagi sesetengah individu, ejekan mungkin dianggap sebagai perkara kecil ataupun gurauan. Namun, bagi mangsa buli, pengalaman tersebut boleh menjejaskan keyakinan diri, mengganggu pembelajaran dan menyebabkan tekanan emosi yang berpanjangan.

Dalam Islam, perbuatan menghina dan merendahkan orang lain sangat ditegah dan dilarang. Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.” (Surah al-Hujurat, 49:11)

Kepada mangsa buli, ketahuilah bahawa mendapatkan pertolongan bukan tanda anda lemah. Tetapi anda berhak untuk berasa selamat, dihormati dan dilindungi.

Ingatlah, tidak semua luka meninggalkan kesan pada tubuh. Ada luka yang tersembunyi dalam hati dan mengambil masa yang cukup lama untuk sembuh.

Maka,  berhati-hatilah dengan setiap perkataan dan tindakan kita.

Mari zahirkan keprihatinan kita pada saudara dan anak-anak kita di luar sana dengan menyumbang di  https://ezy.la/surausksb2 . Semoga pemberian kita menjadi asbab hadirnya senyuman buat mereka yang sedang bertarung dengan ujian.

R. F. Z
R. F. Z

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *