• Jom Sertai Kempen Bersama Yayasan EZ Prihatin
Back

Benarkah ‘Gen Strawberry’ Mudah Rapuh?

“Baru kena tegur sedikit, sudah terasa hati.”

“Zaman sekarang, anak muda tidak tahan tekanan.”

“Generasi sekarang terlalu manja!”

Ungkapan sebegini semakin kerap kedengaran apabila masyarakat mula membicarakan tentang sikap generasi muda hari ini. Malah, istilah Gen Strawberry atau generasi strawberi turut menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Persoalannya, benarkah generasi muda hari ini semakin lemah, atau sebenarnya mereka sedang berhadapan dengan cabaran kehidupan yang berbeza?

Mengapa digelar generasi strawberi?

Istilah generasi strawberi dikaitkan dengan golongan muda yang dianggap mudah tersinggung, kurang tahan menerima teguran serta cepat berputus asa apabila menghadapi tekanan.

Seperti buah strawberi yang kelihatan cantik tetapi mudah lebam apabila ditekan, begitulah perumpamaan yang diberikan kepada generasi ini.

Generasi terdahulu mungkin membesar dalam keadaan serba kekurangan dan terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kehidupan.

Sementara generasi muda hari ini berhadapan dengan tekanan kos sara hidup, persaingan pekerjaan, tuntutan akademik dan pengaruh media sosial.

Ada yang kelihatan bahagia di hadapan orang ramai, tetapi sebenarnya sedang bergelut dengan tekanan emosi yang tidak diketahui sesiapa.

Realitinya, setiap generasi muda perlu dididik untuk membina ketahanan diri, menerima kritikan secara matang dan belajar bangkit selepas kegagalan.

Selain itu,kita juga diajar supaya menyampaikan nasihat dengan cara yang baik.

Allah SWT berfirman:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.” (Surah al-Nahl, 16:125)

Ayat ini mengingatkan kita bahawa teguran seharusnya bertujuan mendidik, bukannya menjatuhkan maruah seseorang.

Pada masa yang sama, orang yang menerima teguran perlu bersikap terbuka dan berusaha memperbaiki kelemahan diri.

Oleh itu, daripada terus melabel anak muda sebagai generasi strawberi, lebih baik kita bersama-sama membentuk dan mendidik generasi muda ini agar menjadi generasi yang berilmu, berakhlak, matang dan berdaya tahan.

Jom tonjolkan kasih sayang kepada generasi muda dengan menyumbang di pautan https://ezy.la/surausksb2 melalui Yayasan EZ Prihatin (YEZP). Semoga sumbangan ini dapat melahirkan generasi muda yang cinta akan ibadat dan sentiasa bersemangat berjuang menuntut ilmu demi masa hadapan mereka.

R. F. Z
R. F. Z

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *