1. Mendidik Anak Mengenali Allah
Nasihat pertama Luqman kepada anaknya ialah larangan mensyirikkan Allah SWT.
Allah SWT berfirman:
“Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, 13)
Nasihat ini menunjukkan bahawa asas pendidikan anak-anak perlu bermula dengan akidah yang kukuh.
2. Menghargai Pengorbanan Ibu Bapa
Dalam Surah Luqman, ayat 14, Allah SWT mengingatkan manusia tentang pengorbanan seorang ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya serta kewajipan bersyukur kepada Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa.
3. Menjaga Solat dan Sabar
Luqman turut menasihati anaknya supaya mendirikan solat, menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan bersabar menghadapi ujian. (Surah Luqman, 17)

4. Menjauhi Kesombongan
Luqman mengingatkan anaknya supaya tidak memalingkan muka daripada manusia kerana sombong dan tidak berjalan di bumi dengan angkuh. (Surah Luqman, 18)
Anak-anak perlu memahami bahawa pencapaian, kekayaan dan kedudukan bukan alasan untuk merendahkan orang lain.
5. Menghindari Hutang
Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.
6. Jangan Berbohong
Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.
7. Makan Sekadarnya Saja
Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.
8. Mengingati Kematian
Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati. Demikian kerana kita akan mengingatkan diri yang bakal pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

9. Jauhi Peribadi Ini
Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
Anak-anak mungkin tidak mengingati setiap nasihat yang kita berikan, tetapi mereka akan belajar daripada akhlak yang kita tunjukkan setiap hari.
Justeru, didiklah anak-anak bukan hanya untuk menjadi insan yang berjaya di dunia, tetapi juga insan yang mengenali Allah, menghormati manusia dan memiliki akhlak yang mulia.
Ayuh, hulurkan sumbangan anda untuk pembangunan surau melalui pautan ini https://ezy.la/suraualhuda di Yayasan EZ Prihatin (YEZP). Semoga sumbangan itu menjadi asbab kebahagiaan masyarakat setempat yang sedang memerlukan di luar sana.
Sumber: