Bulan Zulhijjah adalah bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. 4 perkara besar yang pasti diingati dan lazimnya dikaitkan dengan bulan Zulhijjah ialah ibadah haji, Hari Raya Aidiladha, ibadah korban dan juga agihan daging korban.

Umum mengetahui, pelaksanaan ibadah korban dan ibadah haji pada tahun ini telah dilonggarkan syarat pelaksanaanya dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu apabila pihak kerajaan telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Hal ini adalah berikutan penularan jangkitan wabak Covid-19 yang melanda negara kita.

Alhamdulillah memandangkan tahun ini kita telahpun memasuki fasa endemik, masing-masing berebut mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah haji dan juga ibadah korban. Walaubagaimanapun, pelaksanaan ibadah di musim ini masih lagi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Bercakap mengenai ibadah korban, sudah tentunya akan ada agihan daging korban. Secara asasnya, ibadah korban itu hendaklah dibuat dengan menyembelih seekor kambing atau mengambil 1 bahagian daripada 7 bahagian pada seekor lembu.

ibadah korban
Korban Malaysia 2021

Pelaksanaan Ibadah Korban

Setiap tahun, pasti ada dalam kalangan ahli keluarga atau kenalan kita yang akan mengambil bahagian dalam ibadah korban. Ada yang melaksanakan ibadah korban di tempat sendiri dan ada juga yang memilih untuk berkorban di luar negara. Melaksanakan ibadah korban di dalam mahupun di luar negara, kedua-duanya mempunyai fadhilat tersendiri.

Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban berdasarkan kemampuan yang meliputi aspek kewangan, dan sebagainya.

Sebagaimana Firman Allah SWT di dalam al-Quran;

 إِنَّآ  أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ .  فَصَلِّلِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ

“Sesungguhnya, Kami telah memberikan kurniaan yang sangat banyak kepadamu, maka solatlah untuk Tuhanmu dan sembelihlah korban.”
(Surah Al-Kautsar: 1-2)
 
“Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.”
(Surah Al-Hajj: 34)

Berdasarkan Firman Allah di atas, dapat disimpulkan bahawa Berkorban hakikatnya adalah satu bentuk pengabdian dan kepasrahan diri seorang hamba dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Ibadah korban yang diterima oleh Allah SWT hanyalah daripada mereka yang bertaqwa serta ikhlas kerana-Nya serta tidak mengharapkan apa-apa ganjaran lain melainkan keredhaan daripada-Nya. Justeru, pelaksanaan ibadat korban hendaklah dilakukan dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dan pada masa sama menanamkan rasa kasih sayang antara pihak yang berkorban dengan masyarakat yang menerima pemberian daging korban itu.

Selain memberi kegembiraan kepada golongan kurang berkemampuan, ibadat korban sebenarnya adalah manifestasi kepatuhan hamba kepada perintah Allah SWT kerana bukan semua bersedia untuk memberi atau berkongsi apa yang dimilikinya.

Hanya, mereka yang benar-benar bersedia serta menghayati maksud pengorbanan yang sebenar akan dengan rela hati membelanjakan harta untuk tujuan ibadat kerana mereka yakin ganjaran baik daripada amalan itu. Sesungguhnya, Allah SWT tidak memandang bentuk badanmu dan tidak pula bentuk rupamu, akan tetapi Dia memandang hati-hati kamu. 

korban luar negara

Bagaimana Jika Tidak Mampu Melaksanakan Ibadah Korban?

Seperti yang anda semua sedia maklum, tentunya ada antara anda yang masih belum berkemampuan ataupun tiada modal yang mencukupi untuk melaksanakan ibadah korban bukan? 

Tidak mengapa kerana ia bukanlah suatu keralatan yang perlu dikesalkan apabila ditangguhkan kerana Allah SWT tetap memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang sudah berniat membuat kebaikan walaupun tidak berupaya melaksanakannya.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana masih ada peluang anda beramal melalui Infaq Adha. 

Episod Covid-19 yang melanda seluruh dunia mencetuskan krisis berganda dari sudut kesihatan dan ekonomi sejagat. Penularan pandemik memberi impak besar kepada landskap sosioekonomi, jurang pendapatan semakin melebar merentasi wilayah serta antara bandar dan luar bandar. 

Selepas genap dua tahun pandemik menular, tempiasnya yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masih dirasai masyarakat. Dalam menyingkap tirai kemiskinan, golongan berpendapatan rendah adalah antara kelompok paling terkesan.

Diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang, ditambah pula beban musibah banjir pada Disember lalu, jumlah anggaran kerugian dikatakan mencecah berbilion-bilion.

Realitinya, soal kemiskinan terus membelenggu masyarakat saban hari. Masih ramai terhimpit dengan isu pokok seperti kos sara hidup, kenaikan harga barang keperluan harian dan kehilangan mata pencarian.

Isu Kenaikan Harga Barang Membelenggu Golongan Asnaf

Permasalahan kemampuan menampung kos perbelanjaan harian dengan kemiskinan amat berkait rapat. Seringkali kita dengar pepatah menyebut ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. 

Makan minum 100% bergantung pada hasil pendapatan harian. Umpama kalau berkerja dan terima hasil, dapatlah makan. Kalau tidak bekerja, tiada hasil, tiadalah makanan.

Infaq Adha Bantu Insan Memerlukan Sempena Aidiladha Ini

Bersempena Hari Raya Korban tahun ini, Yayasan EZ Prihatin telah diamanahkan untuk menguruskan program Korban Malaysia EZ Qurban. Bersama daging korban tajaan peserta korban Malaysia EZ Qurban, akan diagihkan juga KOTAK KITA KONGSI KORBAN yang mengandungi barangan keperluan asas kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.

Yayasan EZ Prihatin (YEZP) mensasarkan sebanyak 10, 000 Kotak Makanan Kita Kongsi Korban bakal diagihkan bersama daging korban. Kotak Makanan Kita Kongsi Korban ini mengandungi barangan keperluan asas makanan seperti beras, tepung, gula, minyak masak, susu dan lain-lain.

Sasaran penerima Kotak Kita Kongsi Korban bersama agihan daging korban:

Memberi Makan Suatu Amalan Mulia

Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya: 

وَيُطْعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسْكِينًۭا وَيَتِيمًۭا وَأَسِيرًا

“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.” 
(Surah Al-Insan: 8)

Mudahnya Untuk Mendapat Pahala

Mendapat pahala itu mudah sahaja. Jika diamati akan ajaran yang ditinggalkan Baginda SAW, dengan berniat untuk melakukan kebaikan juga akan diganjari pahala apatah lagi jika niat tersebut terlaksana.
 
Itulah yang membuktikan sifat Maha Pemurahnya Allah terhadap hamba-hambaNya. Tetapi, kadang-kadang kita sendiri sebagai manusia amat berkira untuk melakukan kebaikan.
 
Ada orang yang takut nak melakukan sedekah, bimbang jika rezeki semakin berkurang. Sedangkan, dengan memberi, maka Allah menjanjikan nikmat yang lebih luas lagi.
 
Walaupun sedekah yang ingin dilakukan itu dalam bentuk wang ringgit, tenaga, kudrat mahupun harta benda, ia semua akan dicatat pahala dan yakinlah Allah akan mengganjarinya dengan sesuatu yang lebih besar lagi.
 
Lakukanlah kebaikan walau ia kecil. Jangan pandang rendah akan sekecil-kecil kebaikan kerana kita tidak tahu amalan mana yang boleh membantu kita untuk ke syurgaNya. 
 
Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR Bukhari: 6465) Status: Hadis Sahih.

Ibadah Korban atau sembelihan korban hanya sekali dalam setahun. Justeru, kami ingin mengajak anda semua sama-sama kita meriahkan Aidiladha kali ini melalui agihan Kotak Makanan Kita Kongsi Korban bersama daging korban untuk dijamah. Jom raih pahala dan ‘korbankan’ sedikit dari harta sebagai tanda syukur atas nikmat yang kita kecapi selama ini menerusi Infaq Adha bantu golongan-golongan yang memerlukan. 

Semoga Allah menerima setiap harta yang kita sedekahkan, In Shaa Allah.

Allah SWT berfirman: “Maka barangsiapa memberikan (hartanya di jalan Tuhan) dan bertaqwa, dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (Syurga). Maka akan kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)”. (QS Al-Lail: Ayat 5-7)

ms_MYMS