INFINITI JARIAH

Wakaf Al-Quran dan Kitab

Pahala Amal Jariah Terjamin dengan Wakaf Al-Quran dan Kitab

Wakaf itu menjamin pahala amalan terus mengalir sehingga dijamin menjadi bekalan akhirat, ayuh kita berwakaf al-Quran dan kitab kepada asnaf.

Sasaran
RM20,000 sebulan

Projek wakaf Al-Quran dan kitab ini adalah satu inisiatif Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama EZ Fidyah dalam memelihara warisan ilmu pengetahuan dalam penyebaran Agama Islam. Ia bukanlah sekadar penyerahan fizikal semata, tetapi menjadi harapan bagi sumber cahaya ilmu pengetahuan kepada asnaf sebagai panduan lengkap mereka dalam membentuk peribadi dan sahsiah yang cemerlang dunia dan akhirat.

Melalui wakaf ini, kita mewariskan pusaka ilmu yang tidak ternilai harganya kepada generasi akan datang.

SasaranĀ  Ramadan (Wakaf Al-Quran)

500 naskah x RM50
RM 20k sebulanĀ  (termasuk pelekat nama individu)

Selagi Al-Quran dan kitab tersebut terus dibaca, maka pahala dan manfaat pengetahuan akan terus mengalir kepada mereka yang mewakafkannya, baik ketika masih hidup mahupun setelah meninggal dunia.

Oleh itu, kami di Yayasan Ez Prihatin ingin mengajak semua untuk berwakaf buat saudara kita yang amat memerlukan untuk mempelajari dan memahami Al-Quran serta menuntut ilmu pengajian Islam.

ā€œKamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.ā€

(Surah Ali Imran: 92)

Semoga kita sentiasa berlumba-lumba menjadikan amalan berwakaf sebagai salah satu pendekatan untuk memperbanyak amal soleh bagi meraih ganjaran pahala sedekah jariah yang terus mengalir tanpa henti.