Tatacara solat orang sakit

Q: Apakah hukum solat bagi orang sakit?


A: Solat itu wajib bagi orang sakit namun ada keringanan (rukhsah) dalam tatacara solat. Solat boleh dilakukan mengikut kemampuan seperti solat secara duduk, baring dan solat menggunakan isyarat kelopak mata.


Daripada Imran bin Husain RA katanya, aku menghidap penyakit buasir lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat. Baginda bersabda:
صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: “Bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.”
Riwayat al-Bukhari (1066)


Sekiranya pesakit tidak boleh berwuduk menggunakan air, pesakit boleh bertayamum dahulu sebelum solat.

Solat ketika sakit ini salah satu ikhtiar untuk sembuh dan menguatkan tawakal kepada Allah. Allah berkuasa untuk menyembuhkan sekiranya sembuh itu terbaik untuk kita.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *