SURVIVAL

Survival Kit (Aquaponik)

Ini detik sukar bagi semua. Walaupun pahit untuk kita telan, namun hakikatnya wabak  pandemik Covid-19 bukan sahaja telah meragut ribuan nyawa, bahkan sedang menggugat  ekonomi dunia tidak terkecuali Malaysia.

Tatkala, ramai yang terfokus kepada industri penerbangan dan perhotelan, namun apabila kerajaan memulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) impaknya kini mula dirasai pula oleh usahawan-usahawan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sektor PKS ini secara kolektifnya merupakan majikan terbesar di negara kita dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir 10 juta pekerja dan kolektif pinjaman bank lebih RM300 bilion.

Namun, kini banyak di antara mereka ibarat pepatah tidak ubah seperti nyawa-nyawa ikan, bahkan jika tanpa bantuan sewajarnya ramai yang dijangka gulung tikar. Natijahnya, secara langsung memberikan kesan kepada kakitangan setiap syarikat, sekali gus membabitkan ahli keluarga mereka.

Justeru, Yayasan Ez Prihatin mencari alternatif untuk menyediakan kit survival kepada golongan-golongan yang terjejas dengan kesan wabak COVID-19 iaitu penanaman sayur tanpa bergantung kepada cuaca, mainpower yang ramai dan bentuk muka bumi, menggunakan kaedah aquaponik.

Penanaman aquaponik atau kaedah pertanian alternatif menggabungkan konsep akuakultur dan hidroponik boleh menjadi alternatif kepada kekurangan dan kesukaran untuk mendapat makanan sihat malah boleh  menambah pendapatan institusi-institusi anak yatim, golongan B40 terutama dalam usaha meneruskan kelangsungan sumber makanan.

TAPAK CADANGAN AQUAPONIK