Sifar Lapar

Menyediakan platform untuk mengumpul dana dan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk disalurkan kepada golongan sasaran. Kami membantu mereka dengan cara “one-off” dan juga secara berkala, mengikut kriteria yang berkaitan. Antara jenis bantuan yang diberi:

1. Bekalan Makanan Asas

2. Bantuan Makanan Basah 

3. Makanan Sedia Dimakan (Makanan Retort)

4. serta lain-lain yang berkaitan. 

 

Kesihatan

Membantu golongan sasaran dan mereka yang kurang bernasib baik bagi memenuhi keperluan kesihatan agar dapat memudahkan urusan mereka. Antara bantuan yang disalurkan melalui wakaf kesihatan ini ialah:

1. Tongkat 

2. Katil Hospital

3. Kerusi Roda

4. Ubat-ubatan

5. Dana Kesihatan

6. serta lain-lain yang berkaitan.

Pendidikan yang Berkualiti

Kami menyasarkan untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan mempromosikan ruang pembelajaran yang selesa untuk anak-anak dan pelajar yang memerlukan. Antara projek yang dijalankan adalah seperti:

1. Projek Baik Pulih Madrasah dan Tahfiz

2. Baik Pulih sekolah di kawasan pedalaman

3. Alat Bantuan Mengajar

4. lain-lain berkaitan.

Air Bersih dan Sanitasi

Membantu dalam mencari dana bagi mewujudkan dan menjalankan projek wakaf air perigi atau sumber air bersih, terutama di kawasan pedalaman, di dalam mahupun di luar negara. Antara projek yang dilaksanakan ialah: 

1. Wakaf perigi di India

2. Wakaf Air Bersih di Sabah

3. Wakaf Telaga di Cianjur, Indonesia

4. Hygiene Kit

5. lain-lain.

Pembangunan Ekonomi Masyarakat

Menyediakan ruang pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan yang layak untuk meningkatkan ekonomi masyarakat sekitar atau sesebuah komuniti. Kami juga membantu dalam merangka dan mewujudkan projek dalam bidang yang berkesesuaian dalam meningkatkan kemahiran masyarakat yang boleh mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri serta komuniti mereka. Antara contoh program adalah seperti berikut:

1. Program Zero to Hero 

2. Program ABCD (Asset Based Community Development)

Perubahan Iklim

Menyediakan platform untuk mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa yang terkesan akibat bencana dan iklim seperti banjir, gempa bumi, sumbangan musim sejuk, dan lain-lain. Antara projek yang dijalankan adalah: 

1. Bantuan Pek Makanan Retort untuk mangsa banjir

2. Baik Pulih rumah asnaf

3. Bantuan Peduli Insan Libya

4. Bantuan Musim Sejuk Syria

5. Bantuan Kecemasan Maghribi

6. Kit “Jaga-Jaga”

7. Lain-lain berkaitan

ms_MYMS