Sedekah Pelaburan Akhirat

kimu115
on
November 4, 2022

Mereka merayu dengan berkata, “…Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”

Ayat al-Quran ini menunjukkan harapan mayyit (orang yang sudah meninggal dunia) untuk dihidupkan semula semata-mata untuk bersedekah. Penyesalan ini berlaku selepas mereka sedar bahawa akhirat itu wujud.

Allah mengingatkan kepada orang Muslim untuk sentiasa menambah amalan soleh supaya selamat di akhirat kelak.

Akhirat
  1. Memadamkan api neraka.

Sabda Rasulullah S.A.W:“Jagalah diri kalian dari neraka meskipun hanya dengan sedekah setengah biji kurma (sedekah tak perlu dengan kuantiti yang banyak dan mahal, memadai dengan hal-hal yang kecil tapi ikhlas)…”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Pahala berpanjangan walaupun meninggal dunia.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

3. Padamkan panas di alam kubur

Nabi S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang Mukmin akan bernaung di bawah bayang-bayang sedekahnya.”(Hadis Riwayat at-Thabrani)

4. Menghapuskan dosa

Hadis daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ

Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Mendapat doa malaikat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Akhirat

Kesimpulannya,

Sebagai seorang Muslim, kita digalakkan untuk bersedekah walaupun dengan pelbagai cara. Sedekah mampu menjadi benteng daripada diazab di akhirat kelak.