Said Nursi menulis tentang buku motivasi Islami iaitu Buku Tips Cemerlang Untuk Pesakit. Buku ini khas untuk muslim yang diuji dengan kesakitan. Fitrah manusia yang 5akit akan berkeluh kesah dan tidak yakin untuk hidup. Said Nursi cuba memujuk golongan 5akit ini untuk terus meyakini takdir Allah. Sebenarnya, sakit ialah ‘guru’ yang tidak bercakap tetapi mampu mendidik dan mentarbiah dalam diri seorang muslim.
Memang terdapat beberapa riwayat sahih yang mengatakan bahawa umur seseorang mukmin yang bercampur dengan 5akit adalah dianggap sebagai ibadat tetapi dengan syarat dia tidak berkeluh kesah dan berputus asa terhadap rahmat daripada Allah S.W.T.
|
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, maka dia akan dikenakan musibah.” (HR: Bukhari)
Semoga Allah kurniakan pahala yang terus mengalir kepada manusia yang diuji.