Sambutan kemerdekaan Malaysia ke-65 kali ini cukup memberi makna kepada 200 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, Seremban, Negeri Sembilan.
Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek turun menyantuni dan berkongsi pengalaman hidup bersama 200 pelajar SMK Mambau baru-baru ini di dalam program Sentuhan Kasih anjuran bersama Yayasan EZ Prihatin dan EZ Qurban Sdn Bhd.
Program itu adalah inisaitif di bawah projek Kita Kongsi Yayasan EZ Prihatin untuk membantu pelajar asnaf dan B40 mendapat kelengkapan persekolahan.
Pada majlis itu juga, sebanyak 200 set pakaian sekolah, pakaian sukan, beg sekolah dan 300 unit kalkulator sainstifik telah diagihkan membabitkan peruntukan sebanyak RM47,500.

Bagi menyemarakkan lagi majlis berkenaan, pelbagai aktiviti dilakukan antaranya kuiz kemerdekaan dan penyerahan Jalur Gemilang kepada pihak sekolah oleh Yayasan EZ Prihatin.
Beliau yang merupakan Duta bagi Yayasan EZ Prihatin berkongsi pengalaman hidup beliau di dalam satu majlis penyerahan sumbangan bantuan barangan kelengkapan persekolahan kepada 200 anak-anak asnaf dan B40 bersempena sambutan ambang kemerdekaan.
Saiful Apek kini dilihat aktif menyertai program-program kebajikan membantu dan menyantuni masyarakat dan golongan yang memerlukan.
“Saya berkongsi ilmu tentang kisah pengalaman hidup dalam nada ceria dan santai kepada pelajar-pelajar”
“Pengalaman saya bersama Yayasan EZ Prihatin berada dilapangan menyantuni saudara kita yang memerlukan sangat memberi kesan dan suatu pengalaman baru kepada saya”

“As we see more human, but we see less humanity” – Saiful Apek
Itulah mesej yang selalu saya tekankan dalam pengucapan saya agar pelajar-pelajar sentiasa mempunyai sikap ambil berat kepada orang di sekeliling mereka.
“nak buat baik ni tak susah, mulakan dengan orang yang terdekat dengan kita”.
Majlis diceriakan lagi dengan kuiz kemerdekaan bersama pelajar dan penyerahan jalur gemilang kepada pihak sekolah bersempena hari kemerdekaan.