fbpx

Sahabat Jalanan

Poster Tabung Banjir

Info ringkas

Program Sahabat Jalanan adalah satu inisiatif Yayasan EZ Prihatin untuk mendekati golongan homeless dengan memberi bantuan makanan, perubatan dan perlindungan asas. Objektif program ini adalah untuk mendalami masalah dan kesulitan golongan homeless ini disamping memberi sokongan moral terhadap mereka.

Tidak dinafikan ada segelintir dikalangan mereka terjebak dengan masalah sosial seperti penagihan dadah, tetapi ramai dari kalangan mereka ini memang betul-betul tersepit akibat kemiskinan, muflis, ada yang tidak mampu menyewa sebab kekangan kewangan dan ada juga dari kalangan bekas banduan yang sedangn mencari haluan hidup. Golongan ini perlu diberi perhatian dan sokongan untuk terus mencari sinar kehidupan yang lebih baik.

Program ini kami jalankan setiap minggu dengan sasaran 200-300 orang penerima manfaat.

Berikut adalah bentuk bantuan yang kami sediakan:

  • pek makanan
  • essential kit (pelitup muka, hand sanitizer)
  • barangan bayi
  • pakaian
  • kelas anak-anak jalanan
  • ubat-ubatan asas
  • barangan kebersihan diri

Dana diperlukan RM10,000 sebulan

Kelebihan bersedekah/infaq

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat."

Riwayat Ibnu Majah

Perkembangan semasa tabung ini

Food Bank D' Masjid | TEMERLOH

MASJID KAMPUNG BERHALA GANTANG, TEMERLOH

Food Bank D' Masjid | Sabak Bernam

18 Jun 2020 | Sabak Bernam, Selangor Program Food Bank D’ Masjid menjadi titik permulaan kepada usaha Yayasan Ez Prihatin (YEZP)…