Fasa ini ramai yang mengeluh kerana sumber pendapatan terjejas akibat penularan Covid-19. Ada dalam kalangan individu yang dipotong gaji, ada dibuang kerja dan bermacam lagi. Tiada apa yang boleh dinasihatkan melainkan, semangat kami titipkan dan terus berdoa semoga situasi yang menyesakkan dada ini berakhir dengan segera.

Andai kita rasa susah hari ini, ingatlah ramai lagi di luar sana yang mempunyai nasib lebih teruk daripada kita hari ini. Berhenti mengeluh tentang rezek1. Rezek1 adalah rahsia Allah. Walaupun kita masih tidak dimurahkan rezeki sehingga sekarang, janganlah sekali-kali berputus asa. Mungkin belum masanya dan jangan pernah henti berusaha mempertingkatkan lagi amalan selain berdoa, sedekah, melaksanakan solat Dhuha dan banyak lagi yang perlu kita ketahui untuk melancarkan rezek1 seperti air sungai yang mengalir.
Jika diperhatikan dengan mereka yang lebih murah rezeki, adakah usaha kita sehebat usaha dan doa mereka? Mungkin juga kita terlupa mengambil kira beberapa faktor wajib yang diambil kira untuk Dia murahkan lagi rezeki kita? Faktor luaran saja masih lagi tidak mencukupi malah faktor dalaman juga penting agar kita dan keluarga terus dimurahkan rezeki tanpa henti.
Amalan dan Doa Murah Rezek1 Yang Mustajab
Apakah cara untuk membuka rezeki dan amalan yang baik untuk dimurahkan rezeki? Berikut adalah amalan murah rezeki yang mustajab kami kongsikan untuk anda dan harus diingat amalan ini adalah salah satu usaha atau ikhtiar supaya kita berjaya serta kita melakukan bersungguh-sungguh selain wajib yakin bahawa rezek1 itu datang daripada Allah SWT.
- Memperbanyakkan istighfar dan zikir
- Tidak meninggalkan ibadah kepada Allah
- Tidak melakukan dosa dan berusaha hindari diri daripada melakukannya
- Berbuat baik dan sering mendoakan kebaikan ibu bapa
- Amalkan semua doa murah rezeki
- Memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan
- Sentiasa memberi pertolongan atau menolong mereka yang tidak berkemampuan
- Memudahkan urusan orang lain atau tunaikan hajat mereka
- Berbuat baik sesama insan dan menjaga silaturahim
- Sentiasa memuliakan tetamu yang datang bertandang
- Menunaikan solat dhuha setiap hari
- Sering bersyukur dengan setiap pemberian Allah
- Tidak berputus asa untuk berdoa
- Bertawakal kepada Allah SWT dan yakin akan rezeki oleh-Nya
Tips Amalan dan Doa Agar Dilancarkan Rezeki
1) Perbanyakkan Istighfar

Nabi Nuh AS berkata: Aku katakan kepada kaumku, “Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya Dia adalah pengampun. Dengan istighfar Dia akan turunkan kepada kamu hujan dan Dia akan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan Dia akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai.”
2) Doa Dimurahkan Rezeki
Kita boleh amalkan doa murah rezeki seperti di bawah iaitu doa yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Anas bin Malik RA.

3) Selawat Murah Rezeki
Mengamalkan selawat murah rezeki ketika berkelapangan:

Maksudnya: “Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami, Dan menjadikan baiknya akhlak kami, Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya..”
Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kerana berkat selawat ke atas Nabi ini kita diluaskan dan dilapangkan rezeki dengan cepat tanpa disangka-sangka.
4) Membaca Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik daripada surah Al-Talaaq iaitu dari ayat 2 & 3.
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Cara Amalkan Ayat 1000 Dinar
Kita boleh mengamalkan ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat Subuh. Ia lebih baik jika dapat amalkan setiap kali selepas solat fardhu. Baca ayat ini sebanyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib.”
Ramai peniaga yang menggantungkan (menjadikan) ayat ini di premis perniagaan dengan tujuan supaya perniagaannya maju. Cara ini adalah salah sama sekali. Semua ayat suci Al-Quran perlu diamalkan begitu juga jika kita ingin memohon kepada Allah SWT untuk dimurahkan rezeki. Nak murah rezeki atau laris berniaga dan maju dalam perniagaan bukannya dengan tafsiran gantungkan ayat 1000 Dinar di premis perniagaan atau kedai tetapi kaedahnya ialah istiqamah dalam membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketaqwaan terhadap Allah.
5) Banyakkan Bersedekah
Salah satu tips kunci rezeki lancar adalah dengan bersedekah. Cara ini juga sangat berkesan seperti tips-tips yang telah disebutkan di atas. Inilah kunci utama rahsia kekayaan ahli-ahli korporat Islam seperti Tan Sri Syed Bukhari. Sedekah adalah satu amalan yang ajaib, kerana semakin banyak kita bersedekah semakin banyak Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita tetapi bersedekah itu mestilah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT, dan bukannya kerana sebab tertentu (menunjuk-nunjuk dan sebagainya).
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah itu Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Janji Allah dalam Al-Quran iaitu bagi sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran, paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim & Para Asnaf. Klik: https://sumbang.yayasanezprihatin.org/
6) Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa
Antara amalan murah rezeki yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya ialah berbuat baik, menjaga kebajikan, menjaga hati, tidak derhaka, kasih dan sayang, juga mendoakan kedua ibu bapa kita.
7) Membaca Surah Al-Waqiah
Diriwayatkan Sa’ad bin Abi Waqqas, seorang sahabat Nabi SAW yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya diinfaqkan ke jalan Allah.
Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqas: ”Adakah kamu tidak bimbang di kemudian nanti kamu mati, anak-anak kamu jatuh miskin?”
Jawabnya: “Aku telah meninggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”
Lalu ditanyakan kepadanya: “Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”
Jawabnya: “Aku tinggalkan kepada anak-anakku dengan pesanan jangan tinggalkan surah Al-Waqiah.”
Daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Apabila kita kerap kali membaca Surah Al-Waqiah dan jadikan ia sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah kita tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit. Begitu juga dengan rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa kita sedari.
Kesimpulan
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT, Dia tidak akan membiarkan kita terkontang-kanting hidup di dunia ini tanpa panduan. Salah satu sebab diutuskan Rasulullah SAW kepada kita adalah sebagai memberi petunjuk serta pedoman kepada kita umat manusia. Apabila Rasullah SAW mengajarkan kita sesuatu amalan dan ceritakan kelebihan amalannya pula, kita wajib meyakini apa yang disampaikan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW.
Mudah-mudahan perkongsian tips amalan, doa murah rezeki berserta zikir dan ayat-ayat Al-Quran untuk dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah ini dapat membantu kita semua untuk terus membuat amalan seperti yang dikongsikan di atas. Semoga kita dimurahkan rezeki dan hidup dalam keluarga yang harmoni dan bahagia.
Kongsi Rezeki Bersama Anak-Anak Yatim. Klik: ezy.la/kitakongsi