“Bagaimana kita boleh bantu anak-anak yatim tanpa mengharapkan bantuan derma semata-mata?”
Antara persoalan yang mula terbit dalam kalangan penyumbang. Sebenarnya, Yayasan Ez Prihatin telah mengusahakan projek Zero To Hero bagi memberdaya ekonomi anak yatim.
Dalam jangka masa panjang, hasil jualan makanan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menampung kos operasi dan pengurusan sendiri. Kos operasi dan pengurusan rumah anak yatim termasuklah kos sewa bangunan/ kediaman bulanan, utiliti, kos pengurusan peribadi anak-anak yatim dan sebagainya.
Kini, Yayasan Ez Prihatin telah menaja 3 rumah anak yatim dalam kursus pembuatan makanan yang dianjurkan oleh Darul Fatiheen di Nilai, Negeri Sembilan.
Rumah anak yatim yang terlibat:
- Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting. (Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku)
- Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Al-Fateh, Bangi Lama. ( Kursus Pembuatan Roti)
- Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim /Miskin Rukaiyah, Sg Merab. (Kursus Inovasi Berasaskan Soya)


OBJEKTIF PROJEK ZERO TO HERO
- Peserta mampu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan selepas tamat kursus kemahiran pemprosesan makanan.
- Peserta mempunyai kemahiran menghasilkan produk yang berkualiti serta memenuhi piawaian kualiti makanan.
Pemilihan bidang pemprosesan makanan ini kerana peningkatan permintaan kempen BMF ‘Buy Muslim-Friendly’ dan bidang ini tidak memerlukan modal yang besar.
Apabila produk yang dihasilkan adalah keperluan harian, ianya lebih mudah untuk dipasarkan.


Harapan kami,
Semoga projek Zero to Hero ini dapat memberi impak yang baik dalam kehidupan anak yatim sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Jom kita sama-sama menjadi ‘tulang belakang’ anak yatim dengan memberi sokongan moral dan bantuan kewangan kepada mereka.
PROJEK AYTAM
Ayuh raih fadhilat bersedekah dengan menyantuni anak yatim. Sedekah anda akan bantu anak-anak yatim asnaf peroleh akses makanan, pendidikan dan kesihatan yang baik.
Atau terus ke pautan di bawah
Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)