SLOT INFAQ PUSAT JAHITAN ASNAF TANGGA BATU , MELAKA SERENDAH RM50 KINI DIBUKA

DANA RM50,000 DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM PEMULIHAN EKONOMI ASNAF PASCA PKP

Mungkin anda bernasib baik kerana masih selamat dari kesan pandemik Covid-19 dan tersenyum bersama keluarga tersayang. 

Pernah tak anda terfikir;

Mereka yang tidak bernasib baik?

Jatuh terduduk mengenang nasib kehilangan kerja…

Berputar-putar difikiran “Bagaimana nasib keluarga aku nanti…”

Bagaimana kita dapat membantu mereka

Dari Ibnu Umar bahawa seorang lelaki mendatangi Nabi SAW dan berkata,

“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling dicintai Allah dan amal apakah yang paling dicintai Allah SWT?” Rasulullah SAW menjawab, “Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunaskan hutang atau menghilangkan kelaparan. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menunaikan) suatu keperluan lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di masjid ini iaitu Masjid Madinah selama satu bulan….”

Riwayat Tabrani

Besar fadhilat membantu orang lain keluar dari kesulitan hidup.

Sedekah sebagai hadiah paling afdal dunia akhirat

Selain sedekah untuk diri sendiri, anda juga boleh hadiahkan (niat) untuk:

  • Ibu bapa yang masih hidup @ meninggal dunia
  • Insan kesayangan seperti anak, isteri, adik beradik
  • Dihadiahkan pahala untuk mereka yang kita pernah hutang atau kita pernah sakiti sengaja atau tanpa sengaja.

 

Semoga dengan infaq ini bermanfaat buat kita dan orang-orang yang kita sayang dunia akhirat.

Atas dasar itu, Yayasan EZ Prihatin membuka peluang untuk anda berinfaq  menambah pahala disamping dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan serendah RM50 bagi menjayakan Projek Pusat Jahitan Asnaf di Tangga Batu, Melaka.

Ke mana wang infaq anda digunakan?

Duit infaq anda akan digunakan khas untuk menjayakan Projek Pusat Jahitan Asnaf berkonsepkan patuh Syariah supaya dapat menampung lebih ramai peserta untuk menyertai projek ini.

Projek ini akan dilaksanakan di lot kedai yang disewa di Tangga Batu, Melaka yang boleh memuatkan lebih 10 orang peserta buat satu-satu masa.

Fokus utama projek ini bagi membantu golongan suri rumah/wanita yang ingin membantu menjana pendapatan keluarga dan golongan ibu tunggal.

Alhamdulillah, berkat sumbangan dermawan-dermawan, kami telah menerima EMPAT unit mesin jahit dan masih memerlukan beberapa mesin jahit lagi serta bahan bantu mengajar, kos utiliti dan lain-lain.

Bezanya Projek Pusat Jahitan Asnaf ini berbanding projek kemahiran jahitan yang lain:

  • Tenaga pengajar merupakan ikon asnaf yang telah berjaya dalam industri jahitan.
  • Peserta akan diberi latihan secara intensif dan berterusan sehingga mereka boleh menjadi usahawan dalam bidang jahitan.
  • Sebelum terdedah kepada dunia usahawan, para peserta akan duduk dalam kelompok bisnes sebagai pendorong dan motivasi.
  • Modul latihan kelas jahitan ini menerapkan konsep pakaian patuh Syariah, secara tidak langsung menjadi saham di akhirat kelak buat mereka yang menyokong usaha ini.

Harapannya projek ini bakal melahirkan generasi usahawan dan ikon asnaf bagi menginspirasikan golongan asnaf yang lain bagi berusaha lebih kuat untuk keluar dari kesusahan hidup.

essential kit

PENERIMA SUMBANGAN

  • Keluarga Asnaf
  • Keluarga Bependepatan rendah (pendapatan isi rumah bawah RM3K)
  • Ibu tunggal

PEMERKASAAN KOMUNITI

Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan sasar sekaligus membantu golongan ini yang sangat terkesan akibat pendemik COVID-19

PRODUK

  • Tudung & Pakaian Muslimah

  • Uniform Sekolah

  • Pelitup Muka

RM 0
DANA YANG DIPERLUKAN

Borang Sumbangan PUSAT JAHITAN ASNAF

Pembangunan Ekonomi Asnaf

  • Butiran sumbangan
  • Butiran penderma

Butiran sumbangan

Sila pilih nilai sumbangan di bawah


Jumlah keseluruhan


No payment items has been selected yet

Butiran penderma

Sila isi maklumat anda di bawah.


No activated payment method found. If you are an admin please check the payment settings

Sumbangan boleh juga disalurkan melalui akaun di bawah.

MAYBANK
YAYASAN EZ PRIHATIN
562405633644

Sila whatsapp pihak kami jika ada sebarang pertanyaan.

ANJURAN BERSAMA

ms_MYMS