INFINITI JARIAH
Bina Saham Akhirat – Wakaf untuk Pembinaan Masjid

MASYARAKAT DISINI AKAN KEHILANGAN TEMPAT BERIBADAH TANPA BANTUAN ANDA.
Lokasi tapak tanah masjid tua ini yang rendah menjadi punca ia dilanda banjir teruk setiap tahun sehingga melebihi paras peha. Paras air yang naik dengan cepat menyebabkan banyak peralatan ibadah dan perabot rosak sehingga kerugian puluhan ribu ringgit untuk dibaiki setiap tahun.
Kutipan semasa
RM 1,308.00Sasaran
RM3,000,000.00
MASJID TUA INI SEMAKIN UZUR AKIBAT SERING DILANDA BANJIR.
⬇️ BACA LANJUT ⬇️
Mengapakah kutipan ini sangat diperlukan?
Dalam pada itu, keluhan tidak selesa, panas dan sempit daripada anak muda yang menunaikan solat jumaat juga semakin kedengaran. Mereka terpaksa berjemaah di dalam keadaan berhimpit, di bawah sekeping zink usang yang disinari terik matahari.
Masjid tua ini dulunya dibina mengikut kapasiti penduduk setempat yang tidak ramai dan hanya 1-2 saf sahaja yang dipenuhi. Tetapi pada hari ini jumlah ahli qariah sudah bertambah semakin ramai sehingga 3 kali ganda.

Ratusan ahli jemaah di masjid ini juga menghadiri kelas dan kuliah agama setiap minggu di kawasan luar masjid dengan hanya berbumbungkan dua buah khemah. Walau dalam keadaan yang daif seperti ini, ahli jawatankuasa masjid tetap gigih dan aktif dalam menjayakan masjlis ilmu program kuliah dhuha selama bertahun-tahun.

Bersebelahan masjid tua ini juga terdapat sebuah asrama dan kelas pelajar tahfiz yang turut berkongsi masjid yang sama. Bukan sahaja untuk beribadah, tetapi mereka juga menggunakan ruangan utama dewan solat masjid tua ini selama 6 jam setiap hari untuk sesi menghafal (hafazan).
Jika sumbangan untuk pembinaan masjid baru sudah mencukupi, masjid baru akan dibina dan masjid tua ini pula akan ditukar fungsi menjadi madrasah tahfiz untuk kegunaan mereka sepenuhnya.

Masjid baru ini memerlukan dana RM3 juta untuk sempurna dibina dengan segera dan akan dibina atas permukaan tanah yang tinggi bersebelahan jalan raya utama bagi mengurangkan risiko banjir.
Justeru itu, pihak jawatankuasa masjid Al-Hassan serta ribuan penduduk setempat di Kg. Berhala Gantang merayu pelbagai pihak untuk menyalurkan sumbangan berbentuk derma, infaq atau waqaf.
Pembinaan masjid baru ini akan memanfaatkan lebih daripada 1000 penduduk setempat untuk :
- Menunaikan solat berjemaah dengan selesa.
- Hadir majlis ilmu & kuliah agama di dalam masjid.
- Dijadikan tempat atau pusat dakwah setempat.
- Urusan menyiapkan jenazah & pengebumian.
Wujudnya masjid baru ini bermaksud tempat beribadah utama penduduk sekitar Kg. Berhala Gantang sudah tidak lagi berisiko untuk dilanda musibah banjir besar setiap tahun.
Para pelajar tahfiz juga boleh memanfaatkan sepenuhnya ruangan masjid lama sebagai madrasah mereka untuk menuntut ilmu setiap hari.
Sabda Nabi Muhammad SAW : ‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga kelak” – (Hadith riwayat Muslim)
Sesungguhnya tiada satu pun sumbangan yang sia-sia, tetapi hasil & keuntungannya dirasai di akhirat negeri abadi kelak In Shaa Allah.
Bagaimana Anda Boleh Bantu Untuk Bina Rumah Allah Ini?
Pilih pakej di bawah untuk berinfaq dalam usaha pembinaan masjid ini.

Dikesempatan ini, pihak Yayasan EZ Prihatin berbesar hati mengajak tuan puan sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan dalam menjayakan projek Pembinaan Masjid Baru ini bagi membantu ahli qariah di Kg. Berhala Gantang, Temerloh. Sesungguhnya usaha infaq ini merupakan suatu pelaburan yang tidak akan rugi, pahala mengalir berterusan walaupun kita sudah tiada. Semoga Allah swt memberkati usaha murni kita ini.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 bermaksud :
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”
NOTA PENTING: AKAD INFAQ
Untuk teruskan infaq anda, mohon dibacakan sekali akad infaq seperti di bawah:
“Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaqkan) atas nama (niat infaq atas nama siapa) kepada Usaha Pembinaan Masjid Baru yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin.”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq.
⬇️ INFAQLAH IKUT KEMAMPUAN ANDA ⬇️
Kelebihan Membangunkan Rumah Allah sWT
“Siapa yang membangunkan satu masjid untuk Allah swt, maka Allah swt akan membangunkan untuknya satu rumah di syurga.”
(Muttafaq ‘alaih)