fbpx

PEMULIHAN EKONOMI

Picture3
Picture4

Mesin Jahit Untuk Bantu Golongan Ibu Tunggal

22 September 2020 I Sungai Rambai, Melaka

Atas dasar prihatin dan tanggungjawab untuk membantu golongan asnaf yang ingin keluar dari kepompong kemiskinan tetapi tidak berupaya, pihak YEZP dengan kerjasama MY Concern telah mengambil inisiatif, menyerahkan 4 buah mesin jahit untuk program pembangunan asnaf.

“Objektif utama program ini adalah untuk membantu dan memperkasa ekonomi golongan asnaf” – Muhammad Luqman

Melalui program ini, seramai 10 orang peserta terdiri daripada ibu tunggal dan asnaf sekitar kampung Tangga Batu, Melaka telah dipilih untuk menyertai program ini selama 12 minggu.