Bantu Saudara Kita yang Memerlukan di Malaysia dan 13 Negara Lain Untuk Berbuka Puasa Ramadan Ini.

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”  (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Tajaan Pek Berbuka Puasa Untuk Mereka yang Memerlukan di Malaysia dan 13 Negara yang Lain.

Tahukah anda, menurut Bank Dunia, 150 juta penduduk dunia dijangka berdepan kemiskinan tahun ini ekoran kemerosotan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

Hal ini semestinya akan memberi kesan kepada golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan untuk mempunyai akses kepada bekalan makanan.

Justeru, bersempena Ramadan ini, Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama EZ Qurban Sdn Bhd ingin mengajak tuan/puan untuk berkongsi rezeki melalui program Pek Prihatin Ummah dengan mengagihkan pek berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan.

PEK PRIHATIN UMMAH

Pek Prihatin Ummah (PPU) ini adalah program anjuran Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama  EZ Qurban Sdn Bhd.

Objektif program ini adalah untuk memberi bantuan bekalan makanan dan pek berbuka puasa kepada golongan asnaf dalam dan luar negara serta mereka yang terkesan akibat pendemik Covid-19.

AGIHAN PEK PRIHATIN UMMAH

Pek Prihatin Ummah (PPU) di Malaysia diuruskan sepenuhnya dibawah  kelolaan Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama rangkaian  sahabat-sahabat NGO yang lain.

Agihan Pek Prihatin Ummah (PPU) di luar negara pula akan diuruskan oleh EZ Qurban Sdn. Bhd. yang mempunyai 14 tahun pengalaman mengurus pelaksanaan dan agihan daging korban dan aqiqah kepada muslim yang memerlukan di 35 buah negara.

SASARAN AGIHAN

0
Buah Keluarga

F.A.Q

Program Pek Prihatin Ummah dilaksanakan di 14 buah negera; Malaysia, Mekah dan Madinah (pekerja am dan fisabilillah yang terkesan akibat Covid-19) , Indonesia, Kenya, Uganda, Ghana, Kemboja, Pakistan, Sri Lanka, Burundi, Chad, Bangladesh, Kygysztan dan Ethiopia.

Agihan dibuat dalam bentuk pek makanan atau barangan makanan keperluan asas.

Sasaran penerima adalah asnaf, ibu tunggal, fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

RM25 satu keluarga itu adalah angaran bagi 3 orang makan.

NOTA PENTING: AKAD INFAQ

Untuk teruskan infaq anda, mohon dibacakan sekali akad infaq seperti di bawah:

“Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaqkan) atas nama (niat infaq atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Program Pek Prihatin Ummah yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin”

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq.

Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Maybank :  Yayasan EZ Prihatin

No akaun :  562405633644

Sila letakkan reference “PRIHATIN UMMAH ”

Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut:

Whatsapp