Apa itu Pek Prihatin?

Projek Pek Prihatin adalah satu projek memberi bantuan dari segi fizikal dan spiritual kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan. Projek ini bermula sejak PKP dikuatkuasa di Malaysia akibat penularan wabak Covid-19. Ramai yang terkesan akibat wabak ini dari golongan bawahan hinggalah bangsawan. Ada yang hilang pekerjaan serta merta, ada yang kehilangan punca pendapatan akibat ekonomi yang tidak berjalan seperti sebelumnya. Ada diantara kita yang masih bernasib baik dan masih boleh tersenyum, jangan dilupa sahabat-sahabat kita yang tidak bernasib baik dan golongan-golongan asnaf yang semakin tersepit.

PEK PRIHATIN

6 Program di bawah Pek Prihatin

#1: Jejak asnaf

Membantu asnaf-asnaf yang mengalami kesempitan dan tidak mempunyai keperluan yang mencukupi.

#2: Tabung sekolah

Tabung khas untuk membantu anak-anak asnaf yang memerlukan untuk memasuki alam persekolahan.

#3: Bencana

Dana yang ditubuhkan khas untuk membantu mangsa bencana alam seperti banjir, kilat, kebakaran dan sebagainya.

#4: Sahabat Jalanan

Dana khas yang dibuat bagi menjaga kebajikan golongan gelandangan di dalam negara kita.

#5: Covid-19

Dana ini dikumpul untuk membekalkan kit perlindungan Covid untuk orang awam & juga peralatan asas kepada frontliners kita!

#6: Ramadhan

Dana khas bersempena bulan Ramadhan untuk menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas yang lain kepada orang Islam di luar negara.

Perkembangan semasa Pek Prihatin