Pek Prihatin 3.0

Kenapa Pek Prihatin Dilancarkan?

Kutipan ini dibuat bagi membekalkan bantuan barangan dapur buat saudara-saudara kita di seluruh Malaysia, atas dasar tanggungjawab, prihatin dan rasa sayang pada rakyat Malaysia.

Kutipan semasa

RM 28,861.00

Sasaran

Mengapakah kutipan ini sangat diperlukan?

Ramai saudara-saudara kita, jiran tetangga yang kehilangan pekerjaan sejak Covid-19 melanda setahun lebih yang lalu. Kerajaan telah habis berbillion untuk menangani masalah ini.

  • Ada saudara kita hilang kerja sejak tahun lepas, kais pagi makan pagi.
  • Ada saudara kita yang meniaga kecil-kecilan tepi jalan, jualan berkurang kadang tak balik modal
  • Ada saudara kita baru dapat kerja, bila lockdown hilang kerja semula
  • Ada anak-anak kecil yang terpaksa minum susu pekat manis sebab ibu bapa tak mampu nak beli susu formula

Justeru itu, kempen yang dinamakan Pek Prihatin 3.0 ini mensasarkan 2000 keluarga akan menerima bantuan makanan selama 2 bulan.

  • 1 keluarga = RM300 keperluan makanan sebulan
  • 1 Pek Barangan Dapur RM100 = 10 hari makanan untuk sekeluarga

Ini bermakna RM600,000 diperlukan sepanjang 2 bulan ini.

Tiada siapa yang sanggup melihat orang lain yang lapar akibat kekurangan makanan lebih-lebih lagi di negara tercinta.

Ke mana bantuan ini akan diagihkan?

Setiap bantuan barangan dapur yang anda taja ini akan disalurkan ke lokasi yang telah dikenal pasti:

  • Semporna, Sabah
  • Sandakan, Sabah
  • Tawau, Sabah
  • PPR disekitar Lembah Klang
  • Sabak Bernam, Selangor
  • Rembau, Negeri Sembilan
  • Sg Udang, Melaka
  • Tanjung Malim, Perak
  • Sik, Kedah
  • Temerloh, Pahang
  • Kota Bharu, Kelantan

Beruntungkan nasib kita.
Duduk di rumah, memikirkan nak masak apa hari ini?
Sedangkan ada dikalangan kita, mengenang nasib
‘Adakah rezeki buat anak-anak hari ini?’
Allahu…..

InsyaAllah semoga dengan bantuan anda, pendapatan saudara kita yang ‘kurang’ sedikit sebanyak membantu mereka dalam perjalanan mencari kehidupan yang lebih baik.

Semoga keresahan dan kesempitan hidup mereka dapat dikurangkan atas bantuan dan doa dari anda, Aamin YRA.

Kelebihan bersedekah

“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”

Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.” 

(Hadis riwayat at-Thabrani)

Berhajat untuk bantu mereka?

Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.

Pek Prihatin Umum

  • Butiran sumbangan
  • Butiran penderma

Butiran sumbangan

Sila pilih nilai sumbangan di bawah


RM

Jumlah keseluruhan


No payment items has been selected yet

Butiran penderma

Sila isi maklumat anda di bawah.


No activated payment method found. If you are an admin please check the payment settings