Menjelajahi Keajaiban 10 Malam Terpilih

kimu115
on
April 3, 2024

Seringkali kita dengar tentang malam Lailatul Qadar kan ? Tapi apakah kita benar-benar tahu tentang ajaibnya 10 malam terpilih ini ?

Malam Lailatul Qadr merupakan salah satu malam yang sangat istimewa dan penuh keajaiban dalam agama Islam. Malam ini berlaku pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, khususnya pada malam-malam ganjil. Al-Quran menyatakan bahawa malam ini lebih baik daripada 1000 bulan lainnya, memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk mendapatkan pahala dan keberkatan yang berlipat kali ganda yang bersamaan dengan 1000 bulan.

Salah satu nikmat terbesar dalam hidup orang Mukmin apabila kita dapat memberi manfaat pada orang lain.

Dalam Surah Al-Qadr, Allah sudah memberikan gambaran tentang keagungan dan keistimewaan malam tersebut. Keistimewaan malam ini tidak hanya terletak pada peristiwa turunnya Al-Quran tetapi juga kerana pada malam ini, setiap doa dan ibadah umat Islam akan diperkenankan dan diganjari dengan pahala yang sangat besar seperti kita beribadah selama 1000 bulan.

Keajaiban Lailatul Qadar juga terkait dengan rahmat dan pengampunan Allah kerana pada malam ini, Allah membuka seluas-luas pintu pengampunan yang bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya. Inilah masa keemasan untuk kita bertaubat dan berdoa meluahkan segala hajat yang ada kerana ianya malam yang penuh rahmat dan barakah (kesalahan dan dosa dihapuskan).

Kebahagiaan boleh dicipta dalam kesederhanaan dan kebersamaan – Rumah Anak Yatim KL

Kita juga dianjurkan untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah dan mengurangi kegiatan duniawi kerana kita sedang mengejar ganjaran dan nilai malam Lailatul Qadar itu sendiri. Meskipun tiada malam yang khusus terjadinya Lailatul Qadar, namun ada beberapa hadis Nabi yang memberikan petunjuk tentang tanda-tanda malam ini seperti malam tersebut berasa sangat tenang, tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin, matahari terbit keesokan harinya dengan cahaya yang lembut yakni tanpa sinar yang tajam. Walaubagaimanapun, ada yang lebih penting iaitu keikhlasan dalam beribadah dan mencari keberkatan Allah. Jangan hanya bersungguh-sungguh ketika malam-malam ganjil sahaja ya ! Tetapi bersungguhlah dalam setiap malam untuk mengabdikan diri pada-Nya kerana itu memang tugas kita sebagai hamba.

Meskipun kini aku berdiri dan berjuang sendiri tanpa arah dan bimbinganmu ibu ayah, aku tetap akan membuat kalian bangga di sana.

Mari kita manfaatkan momen keemasan ini dengan sebaik-baiknya. Siapa tahu kan jika malam yang kita bersungguh-sungguh bangun malam untuk beribadat dan bersedekah ini jatuh pada malam Lailatul Qadar ?

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk, maka tetaplah persembahkan doamu yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
Kerana Tuhan, dengan rahmat-Nya akan tetap menerima mata wang palsumu
. – Jalaluddin Rumi