INFAQ PEMBANGUNAN EKONOMI ASNAF

Kenapa Dibuat?

Projek Infaq Pembangunan Ekonomi Asnaf merupakan daya usaha Yayasan EZ Prihatin mengumpul dana bagi proses pemulihan ekonomi asnaf pasca PKP. Projek ini dijalankan dengan penubuhan Pusat Jahitan Asnaf di Tangga Batu, Melaka di mana para asnaf diberi peluang untuk belajar menjahit dan menjana pendapatan melalui kemahiran tersebut.

Kutipan semasa

RM 8,051.00

Sasaran

Ke mana sumbangan anda akan digunakan?

Fokus utama projek ini adalah bagi membantu golongan suri rumah, wanita asnaf dan juga ibu tunggal yang ingin membantu menjana pendapatan keluarga melalui kemahiran menjahit. Duit infaq anda akan dimanfaatkan untuk pembelian mesin jahit, alat-alat jahitan dan lain-lain. Sasaran kami adalah supaya projek ini boleh memuatkan lebih 10 orang peserta buat satu-satu masa. Justeru itu, sumbangan dari anda amatlah diperlukan bagi menjayakan projek ini.

Bezanya Projek Pusat Jahitan Asnaf ini berbanding projek kemahiran jahitan yang lain?

Ada beberapa faktor mengapa projek ini berbeza dengan projek kemahiran yang lain.

  • Tenaga pengajar merupakan ikon asnaf yang telah berjaya dalam industri jahitan.
  • Peserta akan diberi latihan secara intensif dan berterusan sehingga mereka boleh menjadi usahawan dalam bidang jahitan.
  • Sebelum terdedah kepada dunia usahawan, para peserta akan duduk dalam kelompok bisnes sebagai pendorong dan motivasi.
  • Modul latihan kelas jahitan ini menerapkan konsep pakaian patuh Syariah, secara tidak langsung menjadi saham di akhirat kelak buat mereka yang menyokong usaha ini.

Kami berharap melalui projek ini, ianya bakal melahirkan generasi usahawan dan ikon asnaf bagi menginspirasikan golongan asnaf yang lain bagi berusaha lebih kuat untuk keluar dari kesusahan hidup.

Berhajat untuk bantu mereka?

Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.

Pembangunan Ekonomi Asnaf

  • Butiran sumbangan
  • Butiran penderma

Butiran sumbangan

Sila pilih nilai sumbangan di bawah


Jumlah keseluruhan


No payment items has been selected yet

Butiran penderma

Sila isi maklumat anda di bawah.


No activated payment method found. If you are an admin please check the payment settings