“Kamu sekali-kali tidak akan memperoleh pahala yang baik sebelum kamu menafkahkan (di jalan Allah) sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” [Quran 3: 92]
Manfaatkan Kehidupan Dunia Untuk Bekalan Akhirat

Konsep sedekah itu berakar umbi dalam Islam sehinggakan Allah SWT tiada henti-hentinya memberikan peringatan di dalam Al-Quran berkaitan kepentingan bersedekah dan ganjarannya yang indah. Bersedekah jelas memberi manfaat kepada umat Islam dan ia juga merupakan inisiatif bagi memartabatkan Ummah.
Amal Jariyah Dalam Al-Quran
Amal jariyah diertikan sebagai perbuatan kebajikan yang dilakukan secara sukarela dan ikhlas dengan mengharapkan redha daripada Allah SWT. Memberi kepada yang memerlukan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Baginda telah menjalani kehidupannya sebagai teladan dalam memberi.
Rasulullah SAW bersabda;
“Seandainya aku memiliki (segunung) emas, aku akan senang jika sebelum tiga hari berlalu, tidak ada satu pun (syiling) daripadanya yang tinggal padaku jika aku dapati seseorang untuk menerimanya (sebagai sedekah), tidak termasuk jumlah yang disimpan untuk membayar hutangku.” – Sahih Al-Bukhari
Baginda mengajarkan kepada kita keharusan bersedekah tanpa berlengah-lengah, bagaimana ia menyelamatkan kita dari api neraka dan juga bagaimana ia bertindak sebagai penyuci. “Bersedekahlah dengan segera, kerana ia menghalangi bala.” – Al-Tirmizi
Amal Jariyah Dan Sunnah
Allah berfirman dalam Al-Quran; “Hai Orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada pertukaran, tidak ada persahabatan dan tidak ada syafaat. Dan bagi orang-orang yang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.” [Al-Quran 2:254]
Allah SWT juga menjanjikan ganjaran yang besar dan penebusan dosa-dosa kita, berkali-kali dalam Al-Quran untuk sedekah yang kita berikan.
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah dan (mereka) meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kepada mereka dan mereka akan beroleh pahala yang yang mulia.” [Al-Quran 57:18]
Bentuk-Bentuk Amal Jariyah Dalam Islam
Terdapat banyak bentuk sedekah dalam Islam iaitu Zakat, Sadaqah, Lillah, Fitrana, Qurbani, dan Kaffarah. Dua yang paling hakiki ialah zakat (sedekah wajib) dan sedekah (sedekah sukarela).
Zakat
Zakat adalah rukun Islam yang ketiga dan ianya diwajibkan ke atas semua orang Islam yang mampu. Ia adalah bayaran sebanyak 2.5% daripada jumlah kekayaan terkumpul selama setahun dan perlu diagihkan kepada salah satu daripada lapan kumpulan orang yang layak. Disebutkan dalam al-Quran bahawa, “Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan kebaikan apa sahaja yang kamu lakukan untuk dirimu nescaya kamu akan memperolehnya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa saja yang kamu kerjakan.” [Al-Quran 2:110] Menunaikan zakat menguatkan iman kita dan merupakan sarana penyucian diri, jiwa dan harta.
Sedekah
Sedekah berkaitan dengan sebarang bentuk pemberian, yang boleh sahaja berupa wang, makanan, pakaian, senyuman dan sebagainya. Ia juga boleh menjadi sebarang bentuk perbuatan baik kepada manusia atau haiwan. Sedekah dapat menghapuskan dosa dan menguatkan iman. Setiap apa sahaja amalan kita dikira sebagai ibadah apabila kita memberi kerana Allah SWT. Seperti yang disebut Nabi Muhammad SAW; “Naungan Mukmin pada Hari Kiamat adalah sedekahnya.” [HR At-Tarmizi]
Kelebihan Memberi Sedekah
Kesimpulan
Sedekah sudah tertanam dalam asas-asas Islam. Memberi zakat pula adalah kewajipan bagi setiap Muslim yang mampu. Dengan memberi sedekah, kita membantu orang yang memerlukan dan juga mendapat pahala daripada Allah SWT. Hanya apabila berbelanja di jalan Allah SWT, kita tidak pernah berkurang harta malah bertambah berlipat kali ganda.
Jom bersedekah. KLIK