KOMUNITI

Picture5

Korban Bersama Asnaf

16 Julai 2020 I Kuala Lumpur

Yayasan EZ Prihatin (YEZP) menzahirkan ucapan terima kasih kepada peserta ibadah korban 2020 yang sudah mendaftarkan diri dalam program ibadah korban bersama asnaf Aidiladha tahun ini.

Program julung kali diadakan dengan kerjasama beberapa NGO, institusi kebajikan dan Pejabat Agama Islam Daerah akan dilaksanakan di beberapa buah negeri antaranya di Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengurus YEZP Muhammad Luqman berkata pendaftaran untuk program ibadah korban ini telah ditutup pada 15 Julai lalu selepas ditawarkan pendaftarannya sejak 1 Julai.

“Program Korban Bersama Asnaf dikendalikan sepenuhnya oleh Yayasan Ez Prihatin dengan kerjasama beberapa pihak. Manfaat dari daging korban tersebut akan diagihkan kepada ibu tunggal, fakir miskin dan muallaf.

Picture6

“Terima kasih peserta peserta korban yang telah mengambil bahagian bersama YEZP bagi merealisasikan program bersama asnaf khususnya”, ujar beliau ketika ditemui media EzQurban di pusat pengumpulan lembu Kemensah, Selangor pagi tadi.

Terdahulu Luqman bersama beberapa pegawai pengurusan YEZP meninjau sendiri lembu korban yang ditempatkan di pusat pengumpulan tersebut bagi mengagihkan ke tempat perlaksaan program itu nanti.

Tambahnya beberapa masjid dan kawasan yang telah mempersetujui penerimaan perlaksanan program ini akan dihubungi untuk dimaklumkan jadual penghantaran lembu tersebut.

“Walaupun SOP diperketat namun kami tetap meneliti garis panduan setiap negeri atau daerah dalam perlaksanan ibadah korban tahun ini”.

Untuk rekod YEZP sudah mengadakan beberapa siri program bersama asnaf semasa bulan Ramadan lalu dan program Food Bank D’ Masjid di lokasi lokasi terpilih.