Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)
Kenaikan harga barang secara mendadak baru-baru ini pastinya memberi kesan kepada rakyat kebanyakan. Tetapi tahukah anda, disaat kita masih boleh menjamah nasi dan lauk di dalam pinggan, ada saudara kita di luar sana yang masih mengikat perut dan terpaksa bertarung demi sesuap nasi?
Bersempena Aidiladha (Raya Korban), Yayasan EZ Prihatin telah diamanahkan untuk menguruskan program Korban Malaysia EZ Qurban. Bersama daging korban ini akan diagihkan juga KOTAK KITA KONGSI KORBAN berisi barangan keperluan asas kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.
+ 1 Kotak Kita Kongsi Korban (RM50)
+ RM50 X 10,000 Keluarga = RM500,000
Ini bermakna RM500,000 diperlukan bagi kempen ini
Tuan Puan Boleh Berinfaq Melalui Pakej Seperti yang Tertera:
Untuk teruskan infaq anda, mohon dibacakan sekali akad infaq seperti di bawah:
“Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaqkan) atas nama (niat infaq atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Program Kita Kongsi Korban yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq.
PENAFIAN: Sumbangan dana akan dimasukkan ke dalam tabung KITA KONGSI. Dana dari tabung ini akan digunakan bagi projek dan program kebajikan Yayasan EZ Prihatin.
“Sesiapa yang melepaskan belenggu kesukaran saudara seIslam daripada belenggu kesukaran dunianya, nescaya Allah akan melepaskan belenggu kesukaran di akhirat kelak. Dan sesiapa yang memudahkan kepayahan (saudara seIslam) Allah akan memudahkan kepayahan dunia dan akhiratnya.
(HR Muslim)