Kutipan ini dibuat bagi membantu anak-anak asnaf yang memerlukan mendapat bekalan susu dan akses kepada nutrisi yang baik bagi tumbesaran mereka. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang terkesan dari segi ekonomi terutamanya asnaf dan fakir miskin. Hal ini semestinya memberi jalan sukar buat mereka bagi meneruskan keberlangsungan hidup. Anak perlukan susu, tapi ibu bapa tak mampu.
Kutipan semasa
RM 650.00Sasaran
Menurut UNICEF, 400,000 kanak-kanak bawah 5 tahun mengalami SEVERE ACUTE MALNUTRITION (SAM) dan 30,000 kanak-kanak mati setiap tahun disebabkan kekurangan zat.
Justeru atas dasar prihatin, kasih dan sayang semasa saudara seIslam, kami di Yayasan EZ prihatin melancarkan satu tabung khusus untuk membantu anak-anak asnaf ini mendapatkan susu nutrisi untuk perkembangan dan tumbesaran mereka.
Kami sasarkan seramai 500 anak-anak asnaf akan menerima bantuan susu nutrisi ini selama dua bulan.
Ini bermakna 8000 tin susu dengan anggaran kos RM240,000 diperlukan sepanjang 2 bulan ini.
InsyaAllah tuan puan, mudah-mudahan berkat sumbangan tuan puan dapat membantu kesihatan dan tumbesaran anak anak asnaf ini.
Setiap susu yang anda taja ini akan disalurkan ke lokasi yang telah dikenal pasti:
InsyaAllah semoga dengan bantuan anda, dapat mrmbantu keluarga asnaf ini dalam membersarkan anak-anak mereka.
Percayalah dengan bantuan ini sebenarnya anda telah berusaha membantu telah menyelamatkan masa depan anak-anak mereka dengan izin-Nya.
Semoga keresahan dan kesempitan hidup mereka dapat dikurangkan atas bantuan dan doa dari anda, Aamin YRA.
“Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.