fbpx

KESIHATAN

Picture29
Picture30

Bantuan Kesihatan

17 Jun 2020 | Sungai Besar, Selangor

Yayasan Ez Prihatin (YEZP) dengan kerjasama Sahabat Hospital Sabak Bernam hari ini mengadakan penyerahan sumbangan kit kesihatan beserta barangan keperluan harian kepada keluarga mak cik Saniah.

Mak cik Saniah (lumpuh) antara individu yang terkesan dengan wabak Covid-19 dan memerlukan bantuan kesihatan segera, lebih-lebih lagi apabila anaknya dimasukkan ke hospital akibat diabetes baru-baru ini.

Penyerahan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Sdr. Syariffuddin Supeni, Pengerusi YEZP. Turut hadir ialah YBhg Encik Zamri, ketua kampung Sg. Panjang.