Laporan Terkini Wakaf Perigi Cianjur
Pembinaan Fasa 1
Dua perigi telah siap dibina.
Alhamdulillah, hasil sumbangan anda, dana serahan sebanyak RM 14,000 telah siap diserahkan dan dibinakan dua buah perigi yang menjadi punca air utama kepada dua buah kampung iaitu di SDN Lebak Sari dan Masjid Jami Al-Khoiriyah.
Perigi ke-3 Sudah Siap Dibina
Alhamdulillah, berkat hasil sumbangan anda, dana serahan sebanyak RM 9,500 telah siap diserahkan dan berjaya membina sebuah perigi ’boring’ yang menjadi punca air utama kepada kampung di Lebak Songgom.
Lokasi Perigi Yang Telah Siap Dibina
Pembinaan Fasa 2.
(1 Lagi Perigi Masih Diperlukan)
Sebuah kawasan di Cianjur kini sedang kritikal dan sangat memerlukan pembinaan segera sebuah sumber air utama yang bertempat di sebuah pusat pendidikan bernama Tahfidz Munjul, Cianjur. Pembinaan perigi kali ini akan dimanfaatkan oleh 400 penduduk setempat.
Jumlah Dana Terkini Masih Diperlukan:
1x Perigi =RM 3,500
(Bahan Binaan + Kos Operasi)
Kaya Dengan Redha Allah Itu Lebih Bermakna
Jika benar kekayaan itu memberi kebahagiaan, bayangkan jika rezeki melimpah ruah diberkati dengan redha Allah. Capai hasrat ini dengan bersedekahlah dengan perkara yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain sepertimana Allah perintahkan dalam ayat berikut:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم . بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚوَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 267)
Mari kita menyumbang sedikit harta untuk menjamin kehidupan saudara Islam kita di Cianjur ini agar dapat diteruskan dengan berwakaf perigi bersama Yayasan EZ Prihatin.