Wakaf al-Quran

Written by

kimu115

Published on

September 21, 2024
KembaliInfiniti Jariah

Pahala Amal Jariah Terjamin dengan Wakaf Al-Quran


لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

(Surah Ali Imran: 92)

Wakaf itu menjamin pahala amalan terus mengalir sehingga dijamin menjadi bekalan akhirat.

Ayuh kita berwakaf Al-Quran kepada Asnaf.

Projek Wakaf Quran ini adalah satu inisiatif Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama EZ Fidyah dalam memelihara warisan ilmu pengetahuan dalam penyebaran Agama Islam. Ia bukanlah sekadar penyerahan fizikal semata, tetapi menjadi harapan bagi sumber cahaya ilmu pengetahuan kepada Asnaf sebagai panduan lengkap mereka dalam membentuk peribadi dan sahsiah yang cemerlang dunia dan akhirat.

Melalui wakaf ini, kita mewariskan pusaka ilmu yang tidak ternilai harganya kepada generasi akan datang.

Sasaran Penerima Wakaf Al-Quran
500 Asnaf x RM50 senaskhah = RM 25,000
(termasuk pelekat nama individu)

Selagi Al-Quran ini terus dibaca, maka pahala dan manfaat pengetahuan akan terus mengalir kepada anda yang berwakaf, baik ketika hidup mahupun setelah meninggal dunia.

Oleh itu, kami di Yayasan EZ Prihatin ingin mengajak anda untuk berlumba-lumba dalam berwakaf sebagai satu pendekatan untuk memperbanyakkan amal soleh bagi meraih ganjaran sedekah jariah yang terus mengalir tanpa henti.

Nota Penting: 

Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad wakalah seperti di bawah:

Selepas membaca akad di bawah ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi sumbangan.

Akad Wakalah

"Saya dengan ini menyumbang sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Projek Wakaf al-Quran yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan yayasan untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"