Tajaaan Makanan Mahasiswa

Written by

kimu115

Published on

KembaliTabung Sekolah

Kongsi Rezeki Bersama Mahasiswa Kita Yang Memerlukan

Memberi Makan Amalan Terbaik Dalam Islam

Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)

Kos sara hidup yang semakin meningkat

Mungkin ramai beranggapan bahawa kadar perbelanjaan mahasiswa adalah rendah. Tetapi, dengan kenaikan harga barang pada masa ini, ianya turut memberi kesan kepada para mahasiwa kita diluar sana.

Walaupun terdapat bantuan ataupun biasiswa, namun ia tidak mencukupi kerana perbelanjaan di universiti tidak sama seperti di rumah. Oleh kerana itu ramai mahasiswa kita yang mengambil peluang untuk mendapatkan bantuan makanan ini.


Tidak dinafikan ada mahasiswa kita yang mengikuti program ataupun aktiviti yang menyediakan makanan supaya perbelanjaan mereka dapat dikurangkan.


Inisiatif ini juga adalah antara usaha untuk mengurangkan beban mahasiswa supaya lebih fokus dalam pembelajaran. Jika perut kosong ataupun lapar, tentu sukar untuk mereka fokus melakukan sesuatu apatah lagi semasa belajar.

Setiap minggu 300 penerima manfaat

 Makanan siap masak atau “ready cooked” adalah bentuk makanan yang akan disumbangkan kepada mahasiswa. Ini bertujuan untuk memudahkan mereka untuk menikmati hidangan tanpa perlu bersusah payah memikirkan atau mencari masa untuk memasak.

Atas dasar itu, kami mengalu-alukan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyumbang dalam program makanan siap masak atau “ready cooked” ini.

Sedekah ini bukan hanya ladang mencari amal tetapi juga mampu menyambung harapan mahasiswa kita diluar sana.

Sasaran Keperluan Penerima Manfaat

Bilangan mahasiswa yang menjadu sasaran penerima bantuan ini ialah seramai 300 mahasiswa.

 Berapa jumlah dana diperlukan? 

300 mahasiswa x RM10 = RM3,000 / minggu
RM3,000 x 4 Minggu = RM12,000
RM12,000.00 / Sebulan

 “Bayangkan senyuman di wajah mereka apabila menerima makanan hasil sumbangan kita. Pemberian ini bukan sahaja memenuhi keperluan mereka tetapi sebenarnya ada nilai yang jauh lebih penting yang kita tunjukkan iaitu nilai tanggungjawab sesama Muslim.”

Nota Penting: 

Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad wakalah seperti di bawah:

Selepas membaca akad di bawah ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi sumbangan.

Akad Wakalah

"Saya dengan ini menyumbang sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Projek Tajaaan Makanan Mahasiswa yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan yayasan untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"