BANTUAN KECEMASAN BANJIR 2024
Musim tengkujuh kali ini membawa cabaran yang besar kepada saudara-saudara kita di beberapa negeri di Malaysia, termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Perak, dan Perlis.
Ribuan keluarga terkesan, dengan banyak kawasan dilanda banjir. Rumah-rumah rosak, harta benda musnah, dan yang lebih memilukan, ada yang kehilangan insan tersayang.


Bantuan Segera Diperlukan
Yayasan EZ Prihatin kini dalam usaha mengumpul sumbangan bagi menyalurkan bantuan segera di kawasan terjejas. Antara keperluan utama:
- Makanan
- Air Bersih
- Keperluan Asas Lain
Sasaran: RM150,000
Setakat ini, Yayasan EZ Prihatin telah berjaya menyalurkan bantuan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan, termasuk bekalan makanan dan air bersih. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana ini.


“AYUH BERSAMA KITA BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN”
Justeru, kami mengajak Tuan Puan untuk bersama-sama terus membantu dan menyalurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang sedang menghadapi musibah ini. Sumbangan ikhlas dari Tuan Puan sangat kami hargai.
Sumbangan dan keprihatinan anda, walau sekecil mana sekalipun, akan membawa impak yang besar kepada mereka yang memerlukan. Marilah kita bersama mendoakan agar mangsa banjir diberikan kekuatan dan kemudahan dalam menghadapi ujian ini.
Sabda Nabi S.A.W.
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan
melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat.
Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti
Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat” (HR – Muslim)
