Laporan Terkini Pembinaan Masjid Nurul Iman di Kampung Uba, Pulau Moyo Indonesia
Pembinaan Fasa 1 ✅
Alhamdulillah, fasa pembinaan pertama Masjid Nurul Iman di Pulau Moyo telah berjaya diselesaikan 100%. Ia merangkumi kerja persediaan tapak pembinaan, pengisian dan pemadatan tanah , pemasangan batu bata serta kerja-kerja konkrit telah disempurnakan yang kesemuanya menyumbang kepada pembentukan asas kukuh bagi struktur masjid yang teguh dan tahan lama.
Pembinaan Fasa 2 ⏳
Pembinaan masjid ini pada fasa kedua menunjukkan kemajuan yang signifikan. Kerja-kerja plaster telah mencapai 95% siap. Proses ini bertujuan untuk melicinkan permukaan dinding dan memperbaiki ketidaksempurnaan, menghasilkan penampilan yang lebih kemas. Fasa plaster ini kini berada di peringkat akhir untuk disempurnakan sepenuhnya.
Pemasangan bumbung telah diselesaikan sebanyak 80%. Rangka atap kayu telah siap dipasang. Kerja-kerja seterusnya melibatkan pemasangan atap multiroof/galvalum dan lisplank (papan yang dipasang sepanjang tepi bumbung). Proses ini penting untuk melindungi struktur daripada cuaca dan memastikan keselamatan bahagian atas bangunan.
Pembinaan tempat wuduk kini berada pada tahap 60% siap. Pemasangan saluran dan paip tempat wuduk sedang dilaksanakan. Fasiliti ini direka untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa bagi jemaah mengambil wuduk.
Pembinaan Fasa 3
Fasa seterusnya iaitu fasa yang akan melibatkan beberapa kerja penting;
▶️pemasangan siling
▶️ mengecat dinding dan siling
▶️ pemasangan sistem elektrik
▶️ pemasangan jubin seramik
Pembinaan Fasa 4
Fasa terakhir, iaitu fasa yang paling dinanti-nantikan oleh penduduk Pulau Moyo, akan tercapai apabila Masjid Nurul Iman ini siap sepenuhnya dan dapat diimarahkan oleh mereka dengan penuh semangat dan kesyukuran. Penduduk akan dapat menunaikan solat berjemaah dengan lebih selesa serta melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Masjid ini diharapkan akan menjadi pusat ibadah dan penggerak aktiviti komuniti yang memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.
Jadi marilah bersama dengan Yayasan EZ Prihatin menyambung usaha untuk meneruskan pembinaan masjid dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka. Semoga dengan setiap ringgit yang dibelanjakan di jalan Allah menjadi dana pelaburan di sana nanti. Aamiin ya mujib.
Mudah-mudahan dengan membangunkan masjid ini dapat memanfaatkan hampir 400 orang penduduk sekitar agar dapat beribadah dengan selesa serta dapat melakukan aktiviti agama dan komuniti bersama.
Allah berfirman dalam Surah Saba ayat 39:
وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki”