MASJID TUA INI SEMAKIN UZUR AKIBAT SERING DILANDA BANJIR
MASJID BARU PERLU DIBINA SEGERA UNTUK KEMUDAHAN BERIBADAH AHLI QARIAH DI KG. BERHALA GANTANG, TEMERLOH
Penerangan keadaan semasa masjid daripada Ustaz Hirman Khairi, Pengerusi Masjid Al Hassan
Lokasi tapak tanah masjid tua ini yang rendah menjadi punca ia dilanda banjir teruk setiap tahun sehingga melebihi paras peha. Paras air yang naik dengan cepat menyebabkan banyak peralatan ibadah dan perabot rosak sehingga kerugian puluhan ribu ringgit untuk dibaiki setiap tahun
Dalam pada itu, keluhan tidak selesa, panas dan sempit daripada anak muda yang menunaikan solat jumaat juga semakin kedengaran. Mereka terpaksa berjemaah di dalam keadaan berhimpit, di bawah sekeping zink usang yang disinari terik matahari
Masjid tua ini dulunya dibina mengikut kapasiti penduduk setempat yang tidak ramai dan hanya 1-2 saf sahaja yang dipenuhi. Tetapi pada hari ini jumlah ahli qariah sudah bertambah semakin ramai sehingga 3 kali ganda.
Ratusan ahli jemaah di masjid ini juga menghadiri kelas dan kuliah agama setiap minggu di kawasan luar masjid dengan hanya berbumbungkan dua buah khemah. Walau dalam keadaan yang daif seperti ini, ahli jawatankuasa masjid tetap gigih dan aktif dalam menjayakan masjlis ilmu program kuliah dhuha selama bertahun-tahun.
Bersebelahan masjid tua ini juga terdapat sebuah asrama dan kelas pelajar tahfiz yang turut berkongsi masjid yang sama. Bukan sahaja untuk beribadah, tetapi mereka juga menggunakan ruangan utama dewan solat masjid tua ini selama 6 jam setiap hari untuk sesi menghafal (hafazan)
Jika sumbangan untuk pembinaan masjid baru sudah mencukupi, masjid baru akan dibina dan masjid tua ini pula akan ditukar fungsi menjadi madrasah tahfiz untuk kegunaan mereka sepenuhnya.
“Kalau kelas waktu petang mesti ada rasa tak selesa, berhaba dan panas. Balik asrama tengah hari tu mesti kena mandi”
Masjid baru ini memerlukan dana RM3 juta untuk sempurna dibina dengan segera dan akan dibina atas permukaan tanah yang tinggi bersebelahan jalan raya utama bagi mengurangkan risiko banjir
Justeru itu, pihak jawatankuasa masjid Al-Hassan serta ribuan penduduk setempat di Kg. Berhala Gantang merayu pelbagai pihak untuk menyalurkan sumbangan berbentuk derma, infaq atau waqaf
Pembinaan masjid baru ini akan memanfaatkan lebih daripada 1000 penduduk setempat untuk :
- Menunaikan solat berjemaah dengan selesa
- Hadir majlis ilmu & kuliah agama di dalam masjid
- Dijadikan tempat atau pusat dakwah setempat
- Urusan menyiapkan jenazah & pengebumian
Wujudnya masjid baru ini bermaksud tempat beribadah utama penduduk sekitar Kg. Berhala Gantang sudah tidak lagi berisiko untuk dilanda musibah banjir besar setiap tahun
Para pelajar tahfiz juga boleh memanfaatkan sepenuhnya ruangan masjid lama sebagai madrasah mereka untuk menuntut ilmu setiap hari
Sabda Nabi Muhammad SAW : ‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga kelak” – (Hadith riwayat Muslim)
Sesungguhnya tiada satu pun sumbangan yang sia-sia, tetapi hasil & keuntungannya dirasai di akhirat negeri abadi kelak In Shaa Allah.