Kesihatan

Written by

kimu115

Published on

KembaliKesihatan

“Malaysia bukan negara sihat”

Pada tahun 2020 sahaja, sebanyak 18,515 kematian atau 17 peratus daripada jumlah kematian di Malaysia adalah disebabkan sakit jantung. Kementerian Kesihatan mendedahkan negara ini dikategorikan sebagai bukan negara sihat memandangkan kadar pesakit jantung dan obesiti yang tinggi. – Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, 2022.

Tahukah kita bahawa peningkatan kadar kesihatan di Malaysia kini semakin merosot. Secara tidak langsung ianya menyebabkan peningkatan kos perubatan Malaysia 2024 sehingga 11.4% mengatasi purata Asia. (sumber daripada Mercer Marsh Benefits).

Faktor risiko berkaitan gaya hidup yang dikaitkan dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menjejaskan hampir 98% orang dewasa Malaysia merupakan salah satu faktor utama di sebalik peningkatan ini.

Ianya sekaligus memberi kesukaran kepada segelintir masyarakat kita yang tidak berkemampuan untuk menanggung kos-kos rawatan dan perubatan yang mereka hadapi.

Sejurus daripada itu, Yayasan EZ Prihatin mengambil inisiatif bagi meneruskan projek Prihatin Kesihatan bagi membantu individu yang sakit dan dalam keuzuran.

Siapa sasaran kami?

  • Asnaf
  • OKU
  • Ibu tunggal
  • Lain-lain

Antara bentuk sumbangan yang diberi:

Selain daripada itu, team Yayasan EZ Prihatin juga membawakan konsep wakaf dalam setiap sumbangan peralatan Kesihatan khususnya seperti kerusi roda dan katil pesakit. Tuan Puan bayangkan, dengan sumbangan yang Tuan Puan berikan, ianya dapat dimanfaatkan oleh para pesakit yang memerlukan. MasyaAllah, ianya dapat menjadi ladang pahala yang berterusan bagi tuan puan.

Bagaimana konsep wakaf  ini berfungsi? 

Sabda Rasulullah SAW: 

“Apabila meninggalnya seorang anak Adam maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (HR Muslim)

Oleh itu, marilah bersama kami Yayasan EZ Prihatin dengan menyumbang ke tabung Projek Prihatin Kesihatan agar kita dapat memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Setiap sumbangan, sebesar apapun, memiliki impak yang besar. Sokongan anda, kekuatan mereka”

Ayuh kita berkongsi rezeki, semoga Allah memberkati setiap usaha kita.

Nota Penting: 

Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad wakalah seperti di bawah:

Selepas membaca akad di bawah ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi sumbangan.

Akad Wakalah

"Saya dengan ini menyumbang sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Projek Kesihatan yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan yayasan untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"