Infaq Telaga Al-Amin

Written by

kimu115

Published on

KembaliInfiniti Jariah

Sumber Air Bersih TERHAD sejak puluhan tahun di Surau Al-Amin, Sik, Kedah

Ketiadaan air di surau terdekat dan air takungan yang kotor serta berbau.

“Menghayati pengorbanan Nabi Muhammad untuk saham akhirat yang berpanjangan”

Sumber air yang sedia ada adalah terhad untuk digunakan oleh sekurang-kurangnya 200 orang penduduk di sekitar Kg Padang Toi. Mereka terpaksa mencatu air bagi kegunaan harian mereka selama puluhan tahun. Punca masalah ini adalah disebabkan paip bawah tanah yang sedia ada telah usang, seterusnya tidak dapat menampung tekanan yang lebih besar.

Gangguan ketiadaan air ini acap kali berlaku terutamanya pada waktu kemuncak seperti awal pagi dan pada cuti umum atau sempena musim perayaan disebabkan penggunaan pada waktu tersebut adalah dalam skala besar.

Surau yang baharu dibina juga tidak dapat beroperasi kerana ketiadaan sumber air.

Lebih teruk lagi, penduduk setempat perlu keluar sekurang-kurangnya 5 kilometer dan lebih semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih yang selamat digunakan untuk membersih, memasak, dan sebagainya.

Kerja-kerja Geo-maping telah dijalankan oleh pihak kontraktor di sekitar Surau Al-Amin.

Yayasan EZ Prihatin telah menjalankan lawatan di kawasan dan turut bersama kontraktor yang dilantik untuk sesi geo-maping bagi memastikan kawasan yang tepat untuk melakukan penggalian dan membina Tube Well di kawasan surau tersebut.

Untuk pengetahuan juga, tanah di kawasan surau ini merupakan tanah wakaf yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Kedah.

Firman Allah SWT;

“Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH, dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” (QS. Al-Anfal:74)

Sesuai dengan kisah penghijrahan dan pengorbanan baginda Nabi SAW pada awal Muharam ini, umat Islam diseru untuk menghayati konsep penghijrahan dan dituntut melakukan pengorbanan untuk berhijrah demi mengharapkan keredaan ALLAH SWT serta kehidupan yang lebih baik sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Oleh itu, Yayasan EZ Prihatin ingin mengajak saudara/saudari untuk bersama kami bagi menyumbang dalam Projek Infaq Telaga Al-Amin. Dengan sumbangan yang anda salurkan ini dapat membantu kami untuk membina semula sistem saluran air yang baik untuk dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Setiap sumbangan, sebesar apapun, memiliki impak yang besar.

“Sokongan Anda, Kekuatan Kami”

Ayuh kita berkongsi rezeki, semoga Allah memberkati setiap usaha kita.

Nota Penting: 

Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad wakalah seperti di bawah:

Selepas membaca akad di bawah ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi sumbangan.

Akad Wakalah

"Saya dengan ini menyumbang sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Projek Infaq Telaga Al-Amin yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan yayasan untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"