PERIGI INI MENJADI NADI KEHIDUPAN MEREKA
Bantu Kami Bekalkan Air Bersih Kepada Kanak-Kanak di Pulau Bohean & Kulapuan.
“Kanak-kanak terpaksa berjalan jauh & mengangkat tong air yang berat setiap hari untuk mendapatkan air bersih”
Air adalah keperluan asas kehidupan, namun kanak-kanak ini terpaksa berjalan jauh & mengangkat tong air yang berat setiap hari untuk mendapatkan air bersih.
Bantu mereka dengan membina sistem air yang selamat dan mudah diakses.
Keadaan Terkini Di Sekitar Pulau Di Semporna
Bagaimana anda boleh membantu?
Projek Infaq Telaga Air Pulau Bohean & Pulau Kulapuan
Kami sedang mengumpul dana untuk membina sistem menara air bergraviti yang dapat membawa air bersih terus ke kawasan perumahan penduduk. Sistem ini akan memastikan air bersih yang selamat dan mudah diakses oleh kanak-kanak dan keluarga mereka.
Yayasan EZ Prihatin telah menjalankan lawatan ke pulau-pulau sekitar Semporna dan kawasan berdekatan dan terjejas dengan isu telaga air.
Bantuan sementara seperti barang keperluan telah disalurkan semasa lawatan awal ini. Perbincangan dengan wakil penduduk penduduk kampung juga telah menghasilkan beberapa solusi untuk masalah air dihadapi, serta cadangan untuk sistem air yang lebih efisen.
Kelebihan Sistem Air Yang Dinaikkan
- Lebih teratur dan sistematik
- Mudah diakses dan digunakan oleh penduduk
- Jarak lebih dekat dengan rumah penduduk kampung
- Menjimatkan masa pengambilan air
- Kualiti air lebih mudah dijaga dan dikawal
- Sistem yang jimat dan mesra pengguna
- Mudah diselenggara
- Projek boleh ditambah baik pada bila-bila masa
Sasaran kami:
RM100,000
Dana ini akan digunakan untuk;
3 menara air utama
2 menara air untuk surau
3 telaga baharu di setiap pulau
Manfaat kepada:
2,000 penduduk dan juga Akan Disalurkan ke 2 Buah Pulau Yang Lain
Harapan Mereka…
Kanak-kanak di Pulau Bohean tidak meminta banyak.
Mereka hanya mahu air bersih, supaya mereka dapat minum, belajar, bermain, dan hidup dengan lebih sihat. Dengan sokongan anda, mereka tidak perlu lagi mengorbankan masa kanak-kanak mereka hanya untuk mendapatkan air bersih.
Anda boleh memberikan masa depan yang lebih cerah kepada mereka.
Anda bukan sahaja membantu memberikan mereka air, tetapi juga peluang untuk membina kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.
“Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH, dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” (Al-Anfal: 74)
Justeru, Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sedulur (Sedulur Team) mengajak Tuan/Puan untuk bersama menyumbang bagi Projek Infaq Telaga Air di Pulau Bohean & Pulau Kulapuan, Semporna, Sabah. Sumbangan anda akan membantu kami membina sistem saluran air yang baik untuk manfaat penduduk setempat.
Ayuh kita berkongsi rezeki, semoga Allah memberkati setiap usaha kita.