Infaq Beras

Written by

kimu115

Published on

KembaliSedekah

“Seikhlas Budi, Sekampit Beras”

Kenapa sumbangan beras & dimana ia disalurkan?

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dikeluarkan menerusi laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, pada tahun 2022 kadar kemiskinan di bandar meningkat daripada 3.9 peratus (2019) kepada 4.5 peratus (2022).

Meskipun negara kita sudah bebas daripada penularan wabak Covid-19 pada beberapa tahun yang lalu, namun masih ada di kalangan saudara kita yang masih tidak menemui peluang pekerjaan yang tetap, mahupun sekadar pekerjaan sampingan bagi mendapatkan semula punca pendapatan mereka. 

Ekoran daripada itu, kos sara hidup yang kian meningkat, disamping bayaran gaji yang rendah terutamanya di kawasan bandar sedikit sebanyak telah mengakibatkan ramai saudara kita di luar sana yang terjejas dek perkara ini.

Mereka terpaksa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan ruji harian, terutamanya mereka yang terdiri daripada ahli keluarga yang ramai.

Bermula dari sinilah, golongan ini terpaksa mencatu makanan dan ada yang lebih meruntun hati, ada juga diantara mereka yang telahpun terputus bekalan makanan untuk jangka masa yang panjang. 

Di kesempatan ini, pihak Yayasan EZ Prihatin mengambil inisiatif bagi melancarkan kempen ‘Sekampit Beras untuk Asnaf’ agar dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh mereka yang kurang bernasib baik.

Sumbangan tuan puan akan disalurkan kepada golongan sasaran seperti yang berikut:

Nota Penting: 

Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad wakalah seperti di bawah:

Selepas membaca akad di bawah ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi sumbangan.

Akad Wakalah

"Saya dengan ini menyumbang sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Projek Infaq Beras yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan yayasan untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"