Raih Kemuliaan Bersedekah Dengan Memberi Makan Anak Yatim
Melihat kepada situasi ekonomi semasa, kebanyakan rumah anak yatim mengalami kekurangan dana dalam menanggung kos operasi serta pengurusan anak-anak yatim di bawah jagaan mereka.
Jumlah kemasukan penghuni ke Pusat Jagaan dan Rumah Anak Yatim pula semakin bertambah hari demi hari.
Apabila penghuni semakin ramai, kos operasi automatik akan naik. Hal ini agak membebankan sampai tahap kami terpaksa kurangkan perbelanjaan makanan anak-anak bagi menampung kos pengurusan operasi. ”“Bukan itu sahaja, ada masa barang basah dan barang kering pun kami catu atas alasan kosnya yang makin mahal”
Penjaga Rumak Anak Yatim
Kurangkan beban mereka.
Tujuan utama kempen ini digerakkan adalah untuk memastikan rumah dan pusat jagaan anak yatim ini mendapat bekalan makanan secara konsisten agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan baik.
Dalam masa yang sama ialah bagi mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung mereka.Atas dasar itu, kami mengalu-alukan keprihatinan anda seluruh rakyat Malaysia untuk bersama menyediakan barang basah dan kering untuk anak-anak ini.Antara barang dapur yang akan diagihkan; Ayam, Ikan, Daging, Telur, Sayur, Beras, Bihun dan lain-lain
Sasaran Penerima
Rumah Anak Yatim Tasawwur Islam PerakRumah Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi, Taman Melewar, Bt Caves