Pada 23 November, team Yayasan Ez Prihatin telah berangkat ke Sarawak untuk Program Siri Jelajah Kita Kongsi Sarawak bersama beberapa rakan NGO iaitu Pusat Dakwah Serantau (PDS), Dakwah Backpackers Malaysia (DBM), Yayasan Amal Malaysia (YAM), Persatuan Guru-Guru Pendidikan Islam (PEKDIS).
Program ini memfokuskan gerak kerja kebajikan dan menyantuni sekolah-sekolah, asnaf dan anak yatim di Sarawak.
Perjalanan terpaksa menempuh laluan jalan berlopak, berlubang dan menariknya kami menggunakan feri dan kereta pacuan empat roda untuk pergi ke lokasi yang dituju.
Perjalanan selama sejam tersebut sangat berbaloi kerana usaha YEZP menyampaikan sumbangan amanah masyarakat kepada penerima disampaikan dengan jayanya.
Di bawah Kita Kongsi, Yayasan Ez Prihatin juga membantu nasib-nasib anak yatim dan asnaf melalui projek CELIK supaya golongan sasaran mendapat pendidikan yang lebih baik. Sekolah yang terlibat antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Engkelili, Lubok Antu dan Sekolah Kebangsaan Astana, Kuching, Sarawak.
BENTUK TAJAAN PROJEK CELIK KITA KONGSI
Projek ini bertepatan dengan saranan hadis tentang kelebihan menuntut ilmu. Semoga usaha ini dapat memberi inspirasi kepada asnaf untuk terus mencari ilmu bermanfaat dan mereka mampu membina kualiti hidup yang lebih baik.
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.” [Riwayat Muslim (4867)]
PROJEK KITA KONGSI
Ayuh raih fadhilat bersedekah dengan menyantuni anak yatim. Sedekah anda akan bantu anak-anak yatim asnaf peroleh akses makanan, pendidikan dan kesihatan yang baik.
- Akaun: Yayasan EZ Prihatin
- No Akaun: 5624 0563 3644 (MAYBANK)