JANGAN BERASA TENANG JIKA HARTAMU BERTAMBAH…
Kemewahan duniawi bukanlah sekadar dilihat dari banyaknya harta yang menimbun atau yang diperolehi, tetapi ada yang jauh lebih penting iaitu tentang bagaimana harta tersebut dapat membina dan menguatkan hubungan seorang hamba dengan Sang Pencipta serta sesama manusia.
Jangan berasa tenang jika hartamu bertambah..
Ujian kelimpahan harta sebenarnya menguji kesyukuran, kezuhudan, dan kemampuan seseorang agar tidak terlena dengan gemerlapnya dunia. Kerana harta yang bertambah seharusnya menyedarkan kita bahawa semua yang dimiliki adalah amanah dari Allah. Maka, pertambahan harta perlu disusuri dengan peningkatan syukur kepada-Nya.
Islam mengajarkan pada kita bahawa setiap harta yang dimiliki adalah hak bersama. Zakat menjadi bukti yang jelas yang menunjukkan bahawa Islam sangat menitikberatkan kebajikan masyarakat yang kurang berkemampuan dengan mewajibkan golongan yang berharta untuk membayar zakat pada bulan Ramadan.
Dalam erti kata lain, ketika Allah menambah harta kita, bertambah pula tanggungjawab sosial kita.
Selain daripada zakat, amalan sunnah lainnya pula ialah sedekah. Sedekah merupakan amalan yang tidak terbatas jumlah atau waktunya, bahkan ianya merupakan cara untuk kita membersihkan harta dan jiwa.
Ketahuilah, disaat harta kita bertambah, yang perlu ditingkatkan ialah sedekah, bukan gaya hidup yang mewah. Sesungguhnya, ukuran kejayaan dan kekayaan harta yang sejati adalah ketika harta dunia digunakan untuk mengumpulkan harta di akhirat.
Apa khabar sedekah kita?